Kenapa mesti langkah tercipta?
Kerana saya suka mendengarnya.... ia seperti satu kata-kata yang mampu menyuntik semangat dalam diri ini..
Saya telah mengharungi dua minggu yang saya kira sangat sibuk.. Pelbagai program yang berkaitan tarbiyah dan kerja-kerja berkaitan akademik menyebabkan saya terpaksa memberi komitmen yang sepenuhnya...antaranya:
- Topic test (chemistry dan Math)
- KOBANNA
- Lawatan Rumah anak2 yatim
- Research project (English dan Biology)
- Daurah siswa Harapan
- Program Warm-up (mental, hati)
Kalau dikira masa yang ada dengan aktiviti.. memang masa itu tidak akan pernah cukup.. Sudah 3 minggu tidak merasa cuti hujung minggu.. Ada sahaja program yang menanti.. Kadang-kala teringin juga nak berehat-rehat di atas katil, tonton televisyen, jalan-jalan di bandaraya... Kerap juga mengeluh sendirian. "Baru buat foundation dah penat camnie.. kalau degree macam mana ntah"
Terlalu sibuk sehingga terlupa untuk menyidai pakaian yang sudah berhari-hari di basuh.. Sehingga bilik tidur sendiri sudah bersepah macam baru lepas berperang... Terlalu sibuk juga sampai lupa tanggungjawab seorang anak kepada ayah dan uminya.. Sudah lebih 5 minggu tidak berpeluang menjejak kaki dirumah sendiri.. Sampai sudah mencapai tahap "homesick" yang kritikal.
Keletihan itu memang tidak perlu untuk diceritakan ... Datang ke kolej semasa langit masih gelap dan pulang semula saat azan maghrib berkumandang... Jemaah2 lain seperti sudah memahami kalau saya datang berjemaah waktu maghrib dengan buku dan beg..
Tapi.......
Ketika sedang berliqa' bersama sahabat-sahabat.. kami bertadabur ayat 214 surah al-Baqarah:
Ataukah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti orang-orang terdahulu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang dengan berbagai cubaan sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata: kapankah datang pertolongan Allah? " Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat..
(2:214)
Mana mungkin ujian yang saya hadapi sekarang ini sama hebat dengan para sahabat dan pendukung-pendukung Islam terdahulu.. Malah mereka sanggup menjual nyawa mereka atas keredhaan Allah..
Kini baru saya menyedari betapa nikmatnya masa lapang itu apabila Allah sudah mula menariknya.. InsyaAllah, saya akan terus istiqamah dengan jalan ini... Jalan yang saya merasa bahagia, tenang... alhamdulillah kullihal wanikmah....
cuba hayati sajak salah satu murabbi yang gigih dalam jalan juangnya:
DUGAAN
Damailah hatiku bersama ALLAH SUBHANAHU WATA"ALA. - ASEP ABDUL HAMID KHOLILI.
4 comments:
sajak tu memang menyentuh hati
setiap kali tatkala kita merasakan kesibukan yg teramat sgt...
Ingatlah bahawa ada orang yg lebih SIBUK drpd KITA..
ada ikhwah cakap.."sibuk sgt ke nta ni?"
nasihat yg sangat berguna akh... huh..
betul..
saudara fahmi,suka saya nyatakan bahawa entri kali ini membuatkan saya benar2 terasa. saya pasti anda seorang yang berani n berpedirian. Seorang muslim perlu kuat dan jangan mengaku kalah sebelum berjuang~ teruskan usaha,akh.
Post a Comment