Author



"Dalam kelelahan ini aku melangkah pantas,

Dalam keletihan ini Aku mengukir senyum,

Kerana Aku amat mengerti,

Yang Dia ada bersamaku"





Salam alaik..                                                

Ismi.... Mohd Zul Fahmi (Panggil fahmi, Mie atau yang sewajar dengannya).Anak sulung Md Bahrudin bin Omar dan Fatimah binti Ahmad.





Diberi peluang oleh Allah SWT untuk merasai pahit manis hidup di dunia ini pada 16 Oktober 1991 di bumi bertuah Kota Tinggi, Johor. Diberi amanah 4 adik perempuan dan seorang lelaki, Fatin Nabillah, Farhah Norain, Siti Maisarah, Mohammad Hakimi dan Nur Hidayah. Sekarang amanah itu telah berkurang sedikit dengan tinggal 4 adik sahaja, Allahuakbar!



Meminati bola sepak,  Silat (minat yang baru bercambah untuk memantapkan persiapan menjadi mujahiddeen). Penulis sangat meminati bahan bacaan melibatkan isu-isu politik, sejarah, dan sudah tentu perbincangan Islam, ummah, Palestin dan masa depan Islam. 







Penulis juga menyimpan azam yang tinggi menjulang untuk mati syahid seperti Rasulullah SAW (Sebahagian Ulama sepakat mengatakan baginda wafat kesan dari racun yang diberikan oleh seorang wanita yahudi pada perang Khaibar),Hassan al-Banna, Sayyid Qutb, Syeikh Ahmad Yassin, Syeikh Salah Syahadah, Dr Abdul Aziz Rantisi, Yahya Ayyash dan teman dalam mimpi penulis sewaktu kecil, as-syahid faris Audah. 

Masih bergelar seorang pelajar. Dipilih oleh Allah SWT untuk menimba ilmu, pengalaman dan tarbiyyah di Monash University Sunway Campus, Petaling Jaya dalam bidang Bioteknologi dan masih lagi di tahun pertama. InsyaAllah akan menamatkan pengajian pada tahun 2013 dan penulis merancang dan terus berdoa dan berharap untuk memijak bumi Kanggaru (Aussie) atau bumi kiwi (Nz) untuk menyambung proses tarbiyyah yang tidak akan berhenti sampai nafas penulis  yang terakhir. 

Mengapa menulis?

Hurmm, kerana merasakan perlu kepada konsep untuk memberi sesuatu kepada orang lain atas dasar yang jelas.

Agama itu nasihat

Penulis mahu mengisi ruang-ruang kelompongan dalam alam maya yang serba luas ini untuk menyampaikan seruan dakwah dan tarbiyyah. Kerana merasakan diri tidak mampu untuk menulis pada sebuah buku seperti orang lain..Kerana merasakan tulisan-tulisan di dalam blog ini sebagai satu refleksi yang penulisan rasakan boleh berkongsi dengan orang lain dalam jalan panjang penuh duri dan lopak-lecak ini..

Opsss!! tapi... jangan pernah tertipu dengan penulisan-penulisan dalam blog ini. Tulisan-tulisan ini adalah seruan propaganda, dummy dan psiko (he he) dan janganlah mengharapkan bila ditanya tentang peribadi penulis sebenar, semua akan memberi persepsi

"Lihat sahajalah tulisan dalam blog dia."


Iman kita tidak tetap setiap hari. 

Kadang-kadang nampak penulis macam bajet baik, kadang-kadang pehh... memang kantoi jahat.. kadang-kadang macam hensem gak... he he

Oh, ya.. penulis pernah berada di institusi-institusi ini dalam usaha untuk menjadi manusia.. 

  • Taski ABIM, Kota Tinggi 
  • Sk Lelaki Bandar, Kluang
  • Sk Pekan Baru, Muar
  • Sk Laksamana, Kota Tinggi
  • Sk Pintas Puding, Batu Pahat
  • SMK Tun Ismail, Batu Pahat
  • SM Sains Seremban
  • Kolej Matrikulasi Johor
  • Sunway University College
  • Monash University
Banyak kan? hehe..





" Kamu adalah jiwa yang baru yang memiliki semangat yang baru untuk memikul harapan ummah ini!"

zul fahmi
(Petaling Jaya, 2011)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...