Umur saya akan mencecah 19 tahun (berdasarkan tahun)....
hmmm.... Dulu tidak pernah terbayang di minda ini saya akan berpijak di ardh' Allah ini pada usia sedewasa ini.......Alhamdulillah kullihal wanikmah..... Betapa Allah masih memberi nikmat umur kepada hambaNya yang sangat daif ini....
Terfikir sebentar...Apa sumbangan saya terhadap Islam? Keluarga saya?Masyarakat?
~Usamah memimpin angkatan tentera Islam ketika usianya 17 tahun
~ Sultan al-Fateh menawan Constantinople ketika 21 tahun.. (sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera)
~2009~
Terlalu banyak memori untuk diterjemahkan pada sebuah penulisan.....
Tapi.... di sinilah saya mula meninggalkan apa yang dipanggil alam persekolahan..
Masuk ke dalam sistem matrikulasi, kemudian IPTs.... Menjadi fasilitator mukhayyam dan jambori musleh buat pertama kali setelah 8 tahun menjadi peserta... Begitulah manusia..... Kita akan sentiasa berubah...
sama ada kearah yang lebih baik.... atau kadang-kadang tergelincir dari jalan yang PENCIPTA kita redhai...
Sahabat saya sering mengingatkan....
jangan sesekali anta futur pada jalan yang telah anta pilih dan genggami sekarang, selalulah muhasabah diri dan tarbiyah hati anta...
Tidak pernah juga terfikir menjadi seorang setiausaha!!
Dengan zero pengalaman, tanpa sepenuh keredhaan hati... saya terpaksa menerima jawatan ini....
Tapi.... Alhamdulillah, betapa Allah itu merupakan sebaik-baik perancang.....
Lama-kelamaan timbul rasa tanggungjawab.. tiba-tiba rasa bersemangat...
Daripada sebuah society yang diperlekehkan oleh banyak pihak, sehinggalah dipuji...
Tidak sia-sia penat lelah ini.. Berkorban masa, tenaga.. Tapi Allah gantikan dengan nikmat kepuasan.. Alhamdulillah..
Pada tahun ini jugalah diri ini hampir terjebak kepada perkara yang amat saya benci sejak kecil lagi... Tiba-tiba datang sahabat-sahabat saya, menarik saya kembali.. mengingatkan kembali.. alhamdulillah.....
sudah masanya untuk saya menutup buku lama, membuka buku baru.... Tiada masa untuk menagisi kekhilafan yang dulu... Sudah masanya untuk membuktikan bahawa sayalah ar-ruhul jadid itu... Ya, saya akan menjadi pendokong pada ummah ini.. kalau tidak , saat saya sudah dipanggil menghadap Allah, yang tertulis di nisan saya cuma
MOHD ZUL FAHMI BIN MD BAHRUDIN
LAHIR: 16 OKTOBER 1991
MENINGGAL DUNIA:~....~
~Al-fatihah~
-Tiada siapa yang akan mengingati kita lagi saat itu, alangkah ruginya..
Pengalaman pahit dan manis yang saya lalui sepanjang 2009 ini telah mendewasakan insan yang bernama zul Fahmi.... ~Moga 2010 itu akan lebih baik... ameen ya Rabbul-izzati....

1 comment:
woi... power gile arr ko fahmie... alhamdullah.. maj
Post a Comment