Aug 19, 2010

Kerana Tarbiyyah itu Indah






Apa itu tarbiyyah?
Kenapa mesti tarbiyyah?
Istimewa sangatkah tarbiyyah itu?

Soalan ini pernah ditanya kepada saya beberapa tahun yang lalu. Lidah saya menjadi kelu, hati saya berubah kaku, entah mengapa saya langsung tidak mampu menjawab soalan itu. Fikiran menjadi buntu.. Rasa malu, rendah diri kembali menguasai diri..

“Kenapa lah bodoh sangat aku ni! Soalan senang macam ni pun tak boleh nak jawab ke?” bisik hati kecil saya.

“Tak mengapa.. Kalau kamu tak mampu jawab malam ni.. Saya beri peluang selepas subuh esok.. Kamu ada beberapa jam lagi untuk jawab soalan saya. Nasib kumpulan kamu bergantung kepada jawapan yang akan kamu berikan kepada saya esok” Kata abang yang menyoal saya sebentar tadi..

Saya hanya diam…..menggeleng tidak, menggangguk pun tidak.

Program di Kolej Kenari tadi berakhir kira-kira pukul 12 malam. Saya pulang ke hostel agak lewat sedikit kerana masih termanggu-manggu mencari jawapan. Namun, saya masih belum mampu untuk mencari ayat yang sesuai… Hendak mengharapkan teman-teman sekumpulan yang lain, semuanya sudah pulang ke hostel.

“Ah, malaslah nak cari.. Baik aku tidur.. mana taw Allah nak kasi ilham dalam mimpi ke?” Saya cuba memberi harapan kepada diri sendiri.

Kembali ke hostel.

Saya melihat teman sebilik saya sudah terlena dalam mimpinya. Agak cemburu melihatkan dia boleh tidur dengan begitu tenang sekali.

Dalam sibuk-sibuk bersiap untuk tidur pada malam itu, tiba-tiba saya terlihat sepucuk surat di atas meja saya. Timbul perasaan ingin tahu. “Untuk sapalah surat nie?”

Saya membelek-belek dan tercatat nama MOHD ZUL FAHMI BIN MD BAHRUDIN@ Abu Hudzhaifah…

Di situ juga tercatat nama-nama sahabat saya.. Hampir 8 orang semuanya.

Eh, bila pulak diaorang nie main tulis-tulis surat ni. Tak pernah-pernah pun main surat-surat ni.. Ada perkara istimewa sangat ke ni?”

Tanpa membuang masa saya segera membaca surat itu. Berkerut-kerut muka saya membaca isinya sehingga selesai. Kemudian saya tersenyum sendirian dan berkata, Jazakumullah khair ikhwah.. All of you have help me a lot.
Inilah isi surat yang saya baca pada malam itu…







Assalamualaikum.. akh,


Kami tulis ni khas untuk anta.. Harap anta suka…. =)


                Akh, bagi ana tarbiyah itu seperti suatu pengisian kepada sebuah jiwa yang kosong….. Ya, sepertinya anta diberikan sebuah buku yang baru dibeli dari kedai dan masih kosong, belum berisi apa-apa tulisan lagi dan kemudian tarbiyyah datang dan memenuhkannya sama ada dengan tulisan atau lukisan…. Yang menjadikan buku itu berwarna-warni, indah dengan kepelbagaian.. Bagi ana, itulah tarbiyah. (anta boleh guna untuk jawab soalan tu esok)


                Akh, bagi ana tarbiyah itu seperti perubahan.. Ya perubahan, yang berlaku secara perlahan-lahan seperti air yang membentuk gua-gua yang indah senibina nya.. Seperti mata air yang begitu gigih mengalir sehingga terbentuk sungai-sungai yang indah di bumi Tuhan ini.. Dia tidak mengenal erti lelah, jemu, letih.. sehingga dia berjaya  mencapai arahan Tuhan kepadanya.. Dan dia tidak akan pernah berhenti…(anta pun boleh guna jawapan ana jugak)


                Akh, pada ana tarbiyah itu satu proses yang sangat menyakitkan. Ya, seperti seorang kanak-kanak yang baru hendak belajar berjalan. Dia akan bangun, berjalan perlahan-lahan, kemudian terjatuh.. ibunya datang dan memujuknya, mengesat air matanya, membersihkan debu yang melekat pada tubuh kanak-kanak kecil itu sambil tersenyum.. Cuba lagi wahai anakku, kamu akan pandai berjalan juga nanti.. Kanak-kanak itu terus cuba untuk berjalan, kemudian jatuh, kemudian menangis dan begitulah seterusnya sehingga dia sudah mahir berjalan.. Sehinggalah kanak-kanak itu pandai dan tidak perlu lagi ibunya untuk memujuk dan memberi kata-kata perangsang kepadanya.. (Ini lagi best..anta kasi jawapan nie la)


                Akh, bagi ana tarbiyyah itu seperti sebuah permulaan… Permulaan kepada segala-galanya dan akan terus mendokong, menyokong kepada yang seterusnya. Biar ana beri perumpamaannya, ia sepertinya sewaktu kecil kita disuruh untuk belajar, membuat kerja-kerja sekolah untuk berjaya mendapat tempat yang baik dalam kelas kita. Ya, seterusnya kita berjaya dan kita percaya bahawa dengan belajar kita akan pandai. Kemudian, kita yang sudah besar ini akan tetap melakukan perkara yang sama, iaitu belajar..belajar…dan terus belajar untuk mencapai kejayaan.. (psst: ana baru dapat inspirasi ni tadi =)




Yang benar,
Sahabat-sahabatmu







Saya pernah di tanya mengapa saya menulis di blog ni.. best sangat kah? Banyak ke masa nak tulis? 

Banyak ke idea?

Saya menjawab dengan ayat yang ringkas.. Kerana saya suka pada tarbiyyah~

Tidak perlu idea yang banyak kerana tarbiyyah ini satu proses… Tidak akan wujud MUHAMMAD Saw yang agung tanpa menerima tarbiyyah dari Allah selama hampir 40 tahun-sebelum baginda diangkat menjadi rasul, rahmat kepada sekalian alam. Tidak akan wujud perwira hebat seperti KHALID AL-WALID yang menerima tarbiyyah dari siri peperangan yang disertainya.. sama ada ketika beliau masih berpihak kepada jahilliyyah sehinggalah memilih Islam sebagai jalan juangnya. 


Tidak akan wujud insan seperti as-syaheed Faris Audah, seorang syuhada yang sangat berani  yang berusia awal belasan tahun di bumi isra’, Palestin jika tidak ditarbiyyah oleh ibunya yang memiliki jiwa yang sangat tabah. 


Tidak akan wujud sasterawan sehebat as-Syaheed Sayyid Qutb yang berjuang pada pena nya, jika al-Quran yang telah dihafalnya sewaktu dari zaman kanak-kanaknya tidak mentarbiyyahnya.


Saya ingin menamatkan tulisan kali ini dengan kata-kata agung syeikh Mustafa Masyhur.
“Tarbiyyah bukan segala-galanya.. Tetapi segala-galanya bermula dari tarbiyyah”
                                                                                                                                                             
Ahl baitus syabab

as-syahid sayyid qutb





Ps: Ramadhan kareem telah berada di fasa kedua nya… dan kita di mana…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...