Oct 24, 2010

Kerana kita insan yang berdoa

1990 -an
Umi, nak tidur… ngantuk!

Sebelum tidur tu baca doa dulu…….

Umi, macam mana nak baca doa tidur? Lupa la….hihi..

Aik, semalam baru ajar… hari ni dah lupa dah?

Hihi..doa makan abang ingat la Umi.. hihi

Hurmm, Bismillahirmahmanirrahim.. Allahuma bismika ah ya Wa amut~

2009
Umi, nak 10 ringgit.. nak beli top-up..hehe
La, mintak je la dengan Allah.. Berdoa la biar Allah kurniakan duit nak beli top-up..
Kan Allah yang kasi rezeki..

Kan Allah kasi rezeki pada abang lewatnya sama umi … Jadi abang mintak sama umi la…hehe (meminjam ayat dari sebuah telefilem)…. J


                 

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Kenapa Kita Berdoa?
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            
x$­ƒÎ) ßç7÷ètR y$­ƒÎ)ur ÚúüÏètGó¡nS ÇÎÈ
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan Hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan


Dalam ayat ini jelas menyatakan bahawa kita disuruh menyembah, patuh dan hanya kepada Allah SWT lah kita disuruh meminta pertolongan.  Tapi, bagaimana caranya untuk meminta kepada Allah? Adakah sama seperti meminta atau mengharapkan sesuatu daripada manusia lain?

 Bukankah ada beberapa adab yang digariskan oleh Ulama’ dalam berdoa. Walaupun Allah tak hanya melihat kita di dalam masjid sahaja. Walaupun Allah tak hanya memerhatikan kita dalam pakaian solat kita sahaja tetapi bukankah manusia yang beradab itu lebih baik?

Antaranya seperti digariskan oleh Sayyid Sabiq dalam Fiqh-sunnah:

1.Dengan hati yang merunduk dan penuh rasa takut kepada Allah (Q.S. Al-A’raf : 55).

2.Dengan suara yang lembut, di antara tidak berbunyi dengan suara keras (Q.S. Al-Isra :
110; Q.S. Maryam : 3).

3.Menghadap Allah dengan isi perut dan pakaian yang halal

Sabda Nabi SAW kepada Sa’ad bin Abi Waqqash:

“Hai Sa’ad, jagalah soal makananmu, tentu engkau akan menjadi orang yang makbul
doanya! Demi Tuhan yang nyawa Muhammad dalam genggaman-Nya! Jika seseorang
memasukkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya, maka tidak akan diterima
doanya selama empat puluh hari. Dan siapa saja hamba yang dagingnya tumbuh dari
makanan haram atau riba, maka neraka lebih layak untuk melayaninya.” (H.R. Ibnu
Mardawai dari Ibnu Abbas)

4.Mengamati saat-saat yang baik bagi doanya. Seperti Hari Arafah, bulan Ramadhan,
Hari Jum’at, di tengah malam, di akhir shalat, dll.
Firman Allah :

نَ ورُفِ غَْتسَْي مْ هُ ِ احَ َْلْاِبوَ
“Wa bi al ashari hum yastaghfiruun
“Dan di akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah)(Q.S. Adz-Dzariyat: 18 ).

5.Menghadap kiblat (H.R. Muslim).

6.Mengangkat kedua tangan sampai kira-kira se-bahu.

Sabda Nabi SAW :
“Beliau mengangkat kedua tangannya sehingga tampak putih kedua ketiaknya dalam
berdoa, dan beliau tidak berisyarat dengan jari-jari.” (H.R. Muslim dari Anas bin Malik)
“Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pemalu dan Maha Mulia, malu kepada hamba-hamba-Nya apabila mereka mengangkat tangan-tangan mereka kepada-Nya untuk menolaknya dengankosong.” (H.R. Al-Hakim dari Salman)

Habis kalau hanya kepada Allah kita mintak, kita harapkan.. maknanya tak boleh mintak langsung pertolongan manusia ke?

Cuba fahami dialog kedua yang dinyatakan di atas. Bukankah dalam ayat itu jelas menyatakan pengharapannya kepada Allah tetapi melalui perantaraan insan biasa yang pada situasi di atas ialah ibu kepada hamba Allah tersebut? Tidak bermakna jika kita meminta pertolongan manusia kita telah mensyirikkan Allah asalkan kita yakin bahawa Allah akan memberi pertolongan kepada kita melalui perantaraan hamba-hambanya yang lain.

Khatimah

Berdoa itu bukanlah suatu perkara yang memberatkan. Hairan masih ada yang culas untuk berdoa kerana beranggapan bahawa mereka perlu berada di dalam masjid, perlu memakai baju melayu, perlu menghadap kiblat, perlu berwangi-wangi dahulu. Allah tidak hanya berada di masjid, Allah tidak hanya nampak hambaNya yang memakai baju Melayu, berkopiah. Allah maha Melihat. Jadi berdoa sahajalah!

Peperiksaan semester sudah hampir tiba. Sudah rasa cukup ke doa yang kita sampaikan pada Allah SWT? Pepatah orang Melayu ada menyebut, Usaha tangga kejayaan.. Man jadda wajadda! Siapa yang berusaha pasti akan memperoleh hasilnya. Begitu juga dengan berdoa. Sesiapa yang berdoa insyaAllah akan memperolehi apa yang dihajati jika dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh

P/S: Bitaufik wannajah fi imtihan insyaAllah kepada rakan-rakan yang sedang dan akan berjuang menghadapi peperiksaan. Jazakumullah khayr, walakum walana InsyaAllah hul jannah J

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...