Dahulu, semasa di sekolah rendah ada rakan sekelas saya yang sering tidak hadir ke sekolah. Guru kelas saya apalah lagi, membebel lah sepuas-puas hatinya dan kerana saya duduk di sebelah murid tersebut, maka saya lah yang menjadi 'target' untuk melepaskan geram guru tersebut yang saya amat hormati sehingga sekarang (maaf cikgu)..
Pelbagai gelaran diberikan terhadap rakan saya itu sama ada daripada guru kelas saya atau rakan-rakan sekelas. Sebenarnya, ramai lagi rakan sekelas saya yang mempunyai rekod kehadiran yang tidak berapa kemas. Tetapi rakan sebelah saya juga yang menjadi mangsa, diberikan gelaran yang bermacam-macam pe'el (wong Jowo ngomong sik gitu). Dan dalam banyak-banyak gelaran 'enak' yang diberi itu saya amat tertarik untuk mengulas gelaran 'chipsmore'.
Saya suka makan biskut Chipsmore. Dari kecil sampailah saya sudah hampir melangkah ke usia 20-an ini, biskut Chipsmore itu tetaplah sebegitu bentuknya. Berwarna coklat kehitaman dan ada cip coklat yang sedap ditengah-tengahnya. Tetapi, saya masih tidak faham mengapa guru saya menggunakan perkataan 'Chipsmore' setiap kali mahu memarahi rakan saya yang sering tidak datang itu ke sekolah itu.
Sehinggalah..
Satu hari sahabat saya memberi takrifan yang amat saya setuju mengenai biskut Chipsmore.. Katanya lebih kurang begini..
"Kan bila kita makan chipsmore kadang-kadang ada banyak cip coklat.. Lepas tu bila kita amik biskut chipsmore yang lain pulak kita tengok coklatnya takde pulak.. Macam tu lah kot maksudnya"
"Oh.. kalau macam tu, maksud cikgu aku dulu budak tu macam chipsmore sebab kadang-kadang dia ada kat sekolah.. tapi kadang-kadang jugak dia tak datang sekolah..Macam tu la kot". Saya cuba menafsirkan rasional gelaran yang diberikan oleh guru kelas saya itu.
Kita dan isu Palestin.. Macam biskut?
Saya telah membuat satu kesimpulan yang sarcastic terhadap sikap kita terhadap isu Palestin. Isu orang tua,kanak-kanak, bayi dan wanita yang dizalimi, ditindas, diroboh rumahnya, dirampas tanahnya, dibunuh dengan kejam di hadapan ahli keluarga mereka yang ketakutan malah ada wanita yang diragut maruahnya, kehormatannya oleh soldadu zionis agar yang lahir nanti seorang bayi yang berdarah dan berperangai seperti ZIONIS.
Ini berlaku pada mereka...... Saudara-saudara kita (Yang mengaku Allah itu sebagai Rabb dan Muhammad saw sebagai Rasul).
Ini juga satu isu mengenai kesucian al-Quds yang pernah menjadi kiblat umat Islam dan ini juga merupakan kisah perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah air mereka daripada penjajahan tidak bermata zionis.
Saya Boleh katakan Bahawa..
Sikap kita terhadap isu Palestin..
Tak ubah seperti...
BISKUT CHIPSMORE !
Telah saya nyatakan sebentar tadi bahawa saya akan bersikap sarcastic (lebih kurang begini maksudnya) dalam tulisan kali ini. Saya tidak mahu menulis sejarah Palestin kerana blog ini bukan blog sejarah atau politik, tetapi ini merupakan blog Saya yang hanya akan menulis apa yang saya mahukan dan apa yang saya mahu kalian baca.
Bagi saya kalian lebih tahu mengenai sejarah Perjanjian Oslo, Camp David, Isu Hamas-Fatah, peranan Allayarham Yasser Arafat, Pembakaran Masjidil Aqsa, Intifadah 1987 & 2000. Kalian lebih tahu itu.
Apa yang saya mahu tulis ialah mengenai sikap kita.. Sikap saya sendiri terutamanya dalam isu Palestin.
Masihkah kalian ingat?
Ketika kapal yang membawa wira-wira Palestin digempur oleh pasukan komando Israel sehingga berbelas-belas syahid.. Yang namanya Mavi Marmara itu?
Berapa ramai?
Yang menukar 'profile picture' di profil facebook mereka kepada ini?
SubhanaAllah..
Berapa ramai yang sanggup 'mengorbankan' gambar profil mereka yang cantik, yang kacak, yang penuh bergaya itu kepada gambar ini? (saya tidak menukarnya atas beberapa sebab)
Berapa ramai yang menulis di status masing-masing bantahan terhadap tindakan itu dan sokongan serta doa terhadap wira-wira Gaza?
Masing-masing memberikan sokongan yang cukup terbaik saya kira waktu itu..
Malah jumlah mereka yang hadir memberi sokongan terhadap konsert-konsert amal untuk Palestin bertambah berlipat ganda dan lebih meriah berbanding waktu sebelum tragedi itu berlaku.
Dan berapa ramai yang sanggup mengorbankan waktu senggang mereka untuk turun ke jalan bagi menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan tidak rasional rejim Zionis itu. Ada ikhwah yang saya temui baru pulang dari kelas dan sanggup mengharungi perjalanan berpuluh-puluh kilometer dengan bermotosikal sahaja bagi menyertai bantahan walaupun ada kelas lagi pada waktu tengah harinya.
TETAPI..
Saya tidak lagi melihat gambar profil seperti itu lagi sekarang..
Saya tidak lagi melihat status seperti itu lagi sekarang..
Malah titipan doa untuk rakyat Palestin juga semakin jarang didengari..
Jadi.. Mengapa kesimpulan saya bahawa sikap kita terhadap isu-isu ini seperti Chipsmore itu salah?
Saya tidak salah bukan?
Kita tidak konsisten dalam menghadapi isu ini sedangkan orang Jahat (Rejim Zionis) itu sedang menzalimi rakyat Palestin dengan penuh strategi, perancangan dan konsistensi..
Dan kita tidak berada di dalam cerita kartun atau filem Hindustan di mana orang yang baik pasti akan menang kalau menentang si penjahat. Kata Saidina Ali r.a.
"Kebatilan yang terancang akan menewaskan haq (kebaikan) yang tidak terancang"
Maka.. saya boleh simpulkan juga bahawa kita sedang kalah dan tiada peluang untuk menang. Bolehkah begitu?
p/s:
- Sambungan ke-2: "Kerana ini perang" akan disambung selepas ini insyaAllah.
- Sudah lama blog ini tidak di'update' dan mungkin terlalu banyak kacau bilaunya di sana-sini dalam gaya tulisan (harap dapat dimaafkan)
- Masih menanti-nanti jawapan dari penganjur sebuah program masyarakat (terpilih ke tidak saya ini untuk menjadi fasilitator dengan zero pengalaman ini-minta doanya)
1 comment:
insyaAllah boleh, abg fasi kita ni kan hebat2 belake...hehe
Post a Comment