Jan 30, 2011

Baju Melayu Bertemu Baju Kurung




      Kalau Dahulu:
      
'Men From Mars, Women From Venus'

'Men from Mecca, Wowen From Medina'

'Fenomena Cinta anta anti'


Sekarang:


"Baju Melayu Bertemu Baju Kurung"





" Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya Kamu mengingati (kekuasaan kami & mentauhidkan Kami)" 51:49

Realiti hari ini menyaksikan sikap dan adab pergaulan (ikhtilat) antara lelaki dan perempuan sudah jauh dari ajaran Islam. Fenomena yang berlaku ialah pergaulan yang tidak lagi terbatas di antara lelaki dan wanita ajnabi telah membawa kepada akibat yang lebih buruk iaitu perzinaan. Apa yang lebih tragis, apabila manusia sudah hilang akal pertimbangan yang waras dan sifat-sifat manusiawi dengan timbulnya masalah buang bayi yang sangat ketara hari ini. 


Tidak dapat dinafikan hal ini sangat berkait rapat dengan masalah pergaulan bebas malahan ia menjadi punca utama dan faktor penyumbang kepada krisis moral yang berlaku. Lebih memburukkan keadaan, gejala ini berlaku dalam kalangan pelajar Melayu Muslim yang sedang menuntut di Institut-Institut Pengajian Tinggi (IPT). Golongan belia atau remaja ini yang sepatutnya menjadi harapan kepada agama, bangsa dan ummah hanyut dalam kenikmatan berpacaran atau bergaul bebas antara lelaki dan wanita sehingga terlibat dalam perzinaan.


Menyedari situasi ini, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Shah Alam merasa terpanggil untuk menerangkan dan memberikan kefahaman kepada belia muslim khususnya yang sedang menuntut di IPT mengenai batasan atau adab-adab ikhtilat antara lelaki dan wanita. Forum ini juga akan memberikan panduan cara yang betul untuk berkomunikasi atau berinteraksi dalam organisasi, pelajaran dan dalam urusan muamalah.


Membariskan dua orang ahli panel yang berpengalaman luas untuk membincangkan isu ini iaitu:





1. Ustaz Sarip Adul

  • Pensyarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah,      Kota Kinabalu, Sabah,  Malaysia.  
  • YDP Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Sabah
  • Penulis buku 'Membina Syurga Cinta',  

 



2. Fatimah Syarha Hj Mohd Noordin

  • Kolumnis Majalah Solusi dan Haluan
  • Penulis buku 'Tautan Hati', 'Syabab Musafir Kasih', 'Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul', 'Kisah Haiwan Makkah', 'Palestin Tak Pernah Gentar' dan banyak lagi.
  • Pemenang Novelis Sayembara Mengarang Novel Remaja DBP 2006 



Tajuk: Baju Melayu Bertemu Baju Kurung
Tarikh: 13 Februari 2011
Tempat: Dewan Kuliah B, Menara Sains & Teknologi, UiTM Shah Alam
Bayaran: RM 10









Bagi sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi wakil-wakil kami:

Zul Fahmi (MONASH) - 0176044127 (fahmibahrudin@gmail.com)
Rohana- 0132507350

atau:


               UiTM SA – NASIRRUDIN BIN OSMAN (0148914759)
                    UiTM PUNCAK ALAM – HAZIM BIN HALIM (0192142426)
                    MSU – MOHD KHAIRIL BIN ALIAS (0132713615)
                    SUNWAY UNI – ASHRAF HAKIM DZULKARNAIN BIN AZMAN (0176052600)

3 comments:

. said...

bagus sekali.
ingin di share ya.
terima kasih!

Fahmi Bahrudin said...

silakan.. amat dialu-alukan.. biar satu dunia tahu~

Fatin nabillah said...

alahai,, ssh yer blog ni...
cunkan sktlah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...