“Dan kami tidak mengutus seorang Rasul pun melainkan dengan bahasa kaumnya…….”
(Ibrahim: 4)
Dalam memahami kaedah penyampaian sejarah, harus di ingat bahawa kita tidak akan dapat lari dari fakta-fakta yang akan menjurus kepada kebosanan si pembacanya. Tapi apakah pilihan lain yang tinggal? Saya tidak boleh menipu atau memanipulasi fakta-fakta yang telah tercatat dalam sejarah. Ini adalah kerana sejarah tidak pernah menipu melainkan orang-orang yang meriwayatkan sejarah itu sendiri tidak jujur dan mempunyai hidden agenda mereka masing-masing.
Kembali kepada Sirah
Sejarah mana yang lebih agung dari sirah Rasulullah SAW dan para sahabat ? Sejarah mana yang telah berlaku dahulu mampu mencorakkan apa yang berlaku pada hari ini jika bukan sejarah di Tanah Hijjaz dahulu?
Perang Dunia Pertama, 11 September 1991 ? Revolusi 1979? Perang Iran-Iraq 1979-1989, Penjajahan ke atas bumi Isra’ (Palestin) sejak 1948? Semua peristiwa-peristiwa agung dalam sejarah moden ini dicorakkan oleh apa yang berlaku lebih 1400 tahun dahulu.
Baiklah, berbalik kepada tujuan asal post ini dikarang, pada awalnya setelah tidak percaya dengan kata-kata seorang Qudama’ bahawa semangat Nasionalisme itu tidak bertentangan dengan Islam, saya cuba mencari titik pertemuan antara semangat kebangsaan atau nasionalisme dengan Islam.
Pada awal kajian, saya mendapati bahawa Islam amat jauh dengan semangat bangsa. Merujuk kepada peristiwa kejatuhan Kerajaan Agung Turki Uthmaniyah, yang antara faktor dalaman utamanya ialah pemberontakan bangsa Arab hijjaz yang diketuai Sharif Makkah yang berlandaskan nasionalisme menjadi bukti kukuh pada dakwaan awal saya itu. Begitu juga pemberontakan bangsa Turki, Bulgaria, Yunani (Greece) yang telah bersatu atas dasar kebangsaan untuk menentang daulah Uthmaniyyah. Sedangkan apa yang saya belajar dari kecil dahulu ialah Daulah Turki Uthmaniyyah ialah penyelamat Islam, pelindung kota suci Makkah, Madinah dan juga al-Aqsa. Maka, pada pandangan saya setiap penentang Kerajaan Uthmaniyyah adalah musuh Islam. Saya membuat kesimpulan Nasionalisme itu samalah kedudukannya dengan musuh Islam (sangat berat kata-kata ini tapi saya tetap mahu menyatakan juga).
Saya kemudiannya terus mengkaji mengapa sebuah jamaah ini beriya-iya membawa idea kesepakatan melayu itu sebagai key factor kepada kedaulatan Islam. Idea itu tidak lain menimbulkan rasa kejengkelan dan Saya ialah antara orang terawal menentangnya. Mana boleh Islam dan Nasionalisme bersatu? Ini bidaah dhalalah! (Sesat lagi menyesatkan).
Berubah Pendirian?
Setelah saya mengkaji hujah-hujah yang dinyatakan oleh Qudama’ tersebut, saya merasakan bahawa pendirian saya berubah. Saya pun tidak mengetahui dengan jelas mengapa saya tidak geli lagi mendengar istilah kesepakatan bangsa Melayu.
Antara hujah yang memberi kesan yang besar kepada saya ialah sirah Rasulullah SAW dan para sahabat. Menyorot kembali sejarah ketika Islam mula bertapak di Madinah dahulu, saya mendapati bahawa hampir 90% para sahabat ini berbangsa Arab. Walaupun ada sahabat-sahabat besar yang bukan berbangsa Arab seperti Salman al-Farisi R.A. yang memberi sumbangan yang besar kepada Islam, tetapi jumlah mereka amat sedikit. Yang saya dapati pada masa itu ialah bangsa Arab telah bersepakat dan saling mengukuhkan antara satu sama lain sehingga Islam tersebar di bumi Hijjaz, mengegarkan singgahsana Kisra Parsi, menamatkan zaman-zaman selesa kerajaan Rom dan menakutkan kerajaan-kerajaan sombong di bumi Eropah dahulu. Memanglah pada zaman sirah itu tiada istilah “ Arab Sepakat Islam Berdaulat” dilaungkan oleh Umar al-Khattab, Abu Bakr, Ali RA, Uthman tetapi pada masa itu umat Arab tidak berpecah kepada ‘Parti Biru’, ‘parti kuning’ atau ‘parti Hijau’. Malah fahaman sosialisme dan kapitalisme sendiri belum dirasmikan pada ketika itu.
Selepas peristiwa ‘fathul Makkah’ bangsa Arab di tanah Hijjaz telah bersatu hati untuk mendokong Islam kecualilah beberapa golongan-golongan seperti Musailamah al-Kazzab yang telah dihapuskan oleh Saidina Abu Bakr. Hasil dari penyatuan ini, Islam telah menyebarkan sinarnya sehingga ke wilayah-wilayah di utara Afrika dan sehingga ke wilayah agung Parsi.
Mengapa mereka begitu hebat? Jika kita semak kembali kitab-kitab sirah dan membaca peristiwa-peristiwa di bahagian awal, kita akan mendapati kisah-kisah Rasulullah menjalankan halaqah dan taklim secara senyap-senyap di rumah Al-Arqam. Kita juga akan mendapati kisah-kisah kekejaman terhadap para sahabat seperti keluarga Yassir, Bilal bin Rabah dan terhadap Rasulullah sendiri. Mana mungkin kita akan menyangka bahawa Islam yang pada awalnya didokong oleh golongan yang sedikit ini (bukan sahaja sedikit malah dari golongan bahawan dan orang yang lemah dalam masyarakat Makkah) mampu meraih kejayaan sehebat ini.
Sebenarnya kejayaan ini mungkin Allah takdirkan tinggal mimpi dan angan-angan sahaja jika bangsa Arab yang pada awalnya menentang dakwah ini tidak bersama-sama mendokong Islam. Saya tidak berbohong pada fakta yang mudah ini.
Sekali lagi, kita semak kembali bagaimana menantu, sahabat dan pendokong besar Rasulullah, Saidina Uthman al-affan ketika mewarisi pemerintahan dari zaman gemilang Umar al-Khattab telah melantik pembesar-pembesar dalam kalangan bani Umayyah, iaitu keluarganya sendiri. Jika tindakan itu dilakukan pada masa sekarang sudah tentu beliau dituduh diktator, khalifah menyeleweng, mengamalkan nepotisme dan pelbagai tuduhan-tuduhan buruk lain. Tetapi adakah kita mendengar berlaku demonstrasi, rusuhan atau undi tidak percaya kepada Khalifah Uthman? Jawapannya tidak kerana umat Islam pada masa itu tidak seperti sekarang. Fikiran mereka lebih dekat dengan fikrah yang disampaikan oleh Rasulullah. Mereka masih dikelilingi oleh sahabat-sahabat besar yang ada dalam kalangan mereka dijamin masuk syurga oleh Rasulullah. Maka mereka mampu berfikir secara rasional dan tidak sewenang-wenangya menuduh Khalifah mengamalkan Assabiyah.
Soalnya mengapa?.... InsyaAllah akan disambung pada part-4.
Very nice song about Caliph~
p/s: Cuti seminggu telah bermula (Biar cuti lecture, assignment, Tutorial, lab report, tapi jangan cuti kan sekali amal islami ^^)
No comments:
Post a Comment