Jika di sekolah dahulu, saya memang amat meminati sejarah. Dari tingkatan 1 hingga tamat SPM, subjek ini tidak pernah menghampakan saya kecuali beberapa topik yang saya rasa sangat membosankan.
- 1. Sejarah Kesultanan Melayu Melaka
- 2. Adat-adat Melayu
- 3. Zaman Pra-sejarah (Paleolitik, mesolitik, neolitik)
Faktor yang menyebabkan saya tidak meminati dua topik yang paling atas adalah kerana saya tidak suka kepada adat-adat melayu apatah lagi adat istiadat di istana yang menyusahkan. Apatah lagi dengan kehadiran watak-watak seperti Sultan Mahmud Syah yang zalim. Semakin muak saya dengan sejarah dan adat melayu ini, bangsa saya sendiri. Saya juga amat tidak senang dengan cara walimah orang melayu. Adat seperti menepung tawar, bersanding dan makan ‘suap-suap’ bukanlah perkara yang menyenangkan hati saya melainkan saya meletakkan hukum ‘Haram!’ yang memang telah disemat perkara ini di dalam pemikiran saya oleh ayah.
Semakin saya meniti zaman yang semakin moden dan lebih terbuka pemikiran Islamnya, saya jadi tertarik kepada tokoh reformis yang tidak langsung menyebut bangsa dalam gagasan atau perjuangan mereka. As-Syahid Hassan al-Banna, As-Syahid Sayyid Qutb, Rohullah Ayatollah Khoimeni, Necmettin Erbakan. Malah di Malaysia sendiri nama seperti Anwar Ibrahim, Dr Burhanuddin al-Helmy (kerana namanya hampir dengan nama ayah) dan Dato’ Fadzil Noor amat saya hormati ciri karismatik mereka dalam berpolitik. Tokoh-tokoh yang saya sebutkan di atas juga tidak secara jelas menyatakan perjuangan kebangsaan, Perjuangan memartabatkan bangsa Arab apatah lagi Perjuangan Melayu dalam ucapan-ucapan atau tulisan-tulisan mereka yang saya sempat baca atau selak-selak ketika itu. Tiada.
Saya juga amat tidak menyenangi sebuah parti politik yang meletakkan nama bangsa saya, Melayu sebagai nama parti mereka. Apa yang saya lihat pada parti ini buruk-buruk belaka. ‘Parti Sekular’, ‘Parti tak pakai tudung!’, ‘Parti tipu rakyat’, ‘Parti Rasuah’ merupakan antara persepsi saya terhadap parti ini. Saya malah tidak segan-segan menyatakan perasaan tidak suka saya kepada kawan-kawan yang saya ingat pada masa itu baru berumur 9 tahun, darjah 3. Pada masa itu saya tidak mahu menjadi murid ‘derhaka’ yang melawan kata-kata cikgunya kerana cikgu-cikgu saya selalu mengingatkan agar kita tidak membenci kerajaan dan menasihati ibu bapa yang membenci kerajaan supaya tidak lagi terus-terus nak benci; sudah-sudahlah tu nak benci pun. Oleh kerana mereka lihat saya tegar dengan ketidak-sukaan saya kepada parti tadi, mereka memanggil saya dengan gelaran-gelaran yang amat saya tidak selesa mendengarnya. ‘Al-Maunah’ dan ‘Tuhan Samseng’ sudah menjadi sinonim dengan saya ketika itu. Tetapi, kami hanya berbalah mengenai perkara politik. Hal seperti berkongsi jawapan kerja rumah yang tidak siap, belanja makan ‘choki-choki’ di kantin,main balas-balas surat walaupun duduk sebelah-sebelah, mengejek murid perempuan sampai mereka menangis,bermain kejar-kejar sambil menunggu cikgu yang akan mengajar masuk tetap berjalan seperti biasa.
-Kena denda dahulu (Gambar hiasan)-
Di sekolah menegah, minat membaca semakin meningkat. Timbul minat untuk mempromosi pemikiran saya kepada rakan-rakan. Pada masa itu rasa malu dengan pelajar berlainan jantina sudah jauh lebih tinggi berbanding di bangku sekolah rendah dahulu. Dalam seminggu boleh dikira dengan jari berapa banyak saya berinteraksi dengan mereka. Jadi perkara ini saya kongsi dengan rakan-rakan saya yang lelaki. Tetapi harapan itu bertukar kehampaan apabila mereka lagi berminat untuk berbincang dengan siapa yang ‘supply’ rokok yang lagi murah, ‘port-port senang nak lepas gian’, ‘Cyber café yang mana lebih murah dan banyak game’, ‘bola sepak’, ‘futsal’, ‘Budak perempuan mana yang cun dan nak di’tackle’ berbanding hal-hal politik dan masa depan mereka. Jadi, perkara itu saya hanya diamkan.
Saya kemudiannya meneruskan pengajian di bumi Seremban. Di sebuah sekolah yang elit dan pelajar-pelajarnya juga dalam kelas yang elit.Maka di sini minat saya yang lama bercambah kembali. Saya berasa sangat seronok berdebat dengan rakan sekelas saya yang memang dilahirkan sebagai ahli debat. Walaupun kerap kali saya tewas dengannya kerana sangat lemah skil berhujah, ditambah lagi dengan perasaan emosional setiap kali isi saya diperlekehkan sewenag-wenangnya oleh rakan saya itu.
Tetapi, asas pemikiran saya, fikrah saya pada konsep bahawa perjuangan Islam itu tiada kena-mengena dengan konsep bangsa, nasionalisme, sosialisme kerana kata Sayyid Qutb, Islam itu ada sistemnya sendiri dan tidak akan sama dengan mana-mana system ciptaan manusia berakar hebat pada hati saya ketika itu.
Sehinggalah suatu hari..
To be continued..
5 comments:
jika demikian pendapat anda (merujuk kepada perenggan terakhir), bagaimana pula dengan sokongan anda terhadap isma yang mementingkan perjuangan bangsa, malah presiden nya sendiri pernah mengeluarkan statement 'perjuangan tanpa assobiyah tidak akan berjaya'.
p/s:sekadar bertanya tanpa menyebelahi mana-mana pihak. :)
persoalan itu akan disambung pada part 3... hehe
tak sabar tunggu kupasan part 3. lebih2 lagi lepas tgk video part 1.
hye pami. first time ana bace anta punya blog.
huhu..ok..baca la kali ke-2..
Post a Comment