May 5, 2011

Memilih untuk Ghuraba' part 4

Bismillah, untuk menyambung part-3.

Jawapan untuk persoalan mengapa Khalifah Uthman RA melantik ahli keluarganya ketika memegang tampuk pemerintahan akan disimpulkan pada fakta-fakta dibawah.

1.      Sifat pemalu Uthman RA sendiri yang sangat ketara dalam dirinya.

Hajjaj telah mengatakan kepada kami dan Laits berkata,
Uqail telah mangabarkan kepadaku daripada Ibnu Syihab daripada Yahya bin Said bin al-
Ash bahawa Said bin al-Ash telah menceritakan kepadaku bahawa Aisyah ra. dan Uthman
telah menceritakan kepadanya bahawa Abu Bakar ra. meminta izin kepada Rasulullah saw.
Bagindasedang berbaring di tempat tidurnya sambil berselimut dengan selimut Aisyah ra.
Rasulullah saw memberinya izin dan baginda masih dalam posisi semula. Setelah Abu Bakar
ra. menyelesaikan hajatnya, beliau pun pergi.
Kemudian Umar ra. datang meminta izin kepada Rasulullah saw. Baginda
memberinya izin dan baginda masih dalam posisi semula. Setelah Umar ra. menyelesaikan
hajatnya, ia pun pergi. Lalu Uthman berkata, Lantas aku pun minta izin, lalu Rasulullah
saw duduk dan bersabda kepada Aisyah ra  Ambillah selimutmu! Setelah aku menyelesaikan
hajatku, aku pun pergi.
Aisyah ra. berkata, Ya Rasulullah saw! Aku melihat engkau menyambut Abu Bakar
ra. dan Umar ra. tidak seperti sambutanmu terhadap Uthman?
Jawab Rasulullah:  Sesungguhnya Utsman adalah seorang pemalu, aku khuatir jika aku menyambutnya
dalam posisi seperti itu, beliau tidak jadi mengungkapkan keperluannya.

Bagaimana aku tidak merasa malu dari seseorang yang malaikatpun merasa malu kepadanya?

(Hadith sahih Riwayat Imam  Ahmad dan juga dikeluarkan oleh Muslim)


Memegang tampuk kekuasaan setinggi khalifah untuk umat Islam pada masa itu sangat memberatkan bagi saidina Uthman. Jadi, melantik pembantu khalifah (gabenor atau menteri) dalam kalangan keluarganya merupakan satu advantage kepada umat Islam sendiri di mana Khalifah mudah untuk memberi arahan atau berbincang mengenai hal ehwal Negara dan ummah bersama ahli keluarganya dan para sahabat yang terdekat.


2.      Pengawalan terhadap Wilayah-wilayah Islam
Selain itu, melihatkan semakin luasnya Negara Islam sehingga ke pulau Cyprus dan wilayah-wilayah di utara Afrika, penguasaan atau kekuatan untuk mengawal gabenor-gabenor wilayah-wilayah Islam sangat penting kepada khalifah pada waktu itu. Oleh itu, pelantikan penguasa dalam kalangan ahli keluarganya sendiri akan memudahkan proses situ.


Berhenti mendengar tohmahan !

Sudah jelas bahawa tindakan saidiana Uthman RA dalam pemerintahan yang sebelum ini dipertikai banyak sejarawan merupakan suatu anggapan atau pandangan yang kurang tepat. Saidina Uthman telah berijtihad dan tindakannya itu sangat tepat dan relevan. Dengan kehadiran dan perkumpulan para sahabat Rasulullah SAW di Madinah merupakan satu  kelebihan kerana mereka memperkukuh kedudukan khalifah yang dapat dibuktikan di mana hampir 700 orang sahabat berkumpul di rumah Khalifah ketika pemberontak sedang mengepung dan mahu membunuh khalifah. Semoga Allah meredhai khalifah Uthman. Dan semoga api  fitnah dan tuduhan tidak berasas golongan yang membenci khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali RA  (Syiah)  dipadamkan oleh cahaya kebenaran Allah SWT.


Apa pengajaran terhadap menjadi Ghuraba?

Sirah Khalifah al-rasyidin juga membuktikan bahawa para sahabat yang tarafnya sehebat Uthman bin Affan RA juga mengalami keadaan terasing. Kita dapat lihat di mana peranan Abu Zar yang menjadi pembangkang yang kuat kepada Saidina Uthman ketika pemerintahannya sehingga diasingkan di wilayah Raudah.Walaupun tindakan saidina Uthman ini nampak seperti seorang diktator jika dibandingkan pada zaman sekarang, namun kita dapat lihat kebaikannya kepada pembentukan Negara Islam yang sangat kukuh walaupun dibayangi pemberontakan dan gerakan Syiah di Mesir serta ketidakpuashatian  terhadap khalifah.

Dan dalam konsep kesepakatan Melayu di Malaysia sebagai batu loncatan kepada gemilangnya Islam di bumi bertuah ini, para pejuangnya juga kadang-kala mengalami fasa terasing. Mana mungkin yang terasing itu akan terus terasing jika suatu hari nanti idea ini mula diterima dan difahami suatu hari nanti. Ini pembuktian dari sirah. Mengapa terus ragu-ragu heh?


                                -Saya memang suka letak nasyid macam ni.. belajar sirah yosh!-



1 comment:

Anonymous said...

mantap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...