May 14, 2011

Nakba Palestin: Berhentilah dari tidak berbuat apa-apa

                               


Bismillah.

Esok, 15 Mei 2011 akan genaplah 63 tahun peristiwa nakba Palestin yang telah dicatat sebagai sejarah hitam bagi rakyat Palestin dan umat Islam seluruhnya. Akan ada tiga golongan yang bila disebut nakba Palestin yang masing-masing akan memberi respon yang berbeza.

 Yang pertama ialah golongan Zionis dan sekutunya yang akan menyambut peristiwa bersejarah ini dengan gembira, tanda mereka ini bangsa hebat.

Yang kedua ialah rakyat Palestin, pejuang-pejuang Palestin, golongan tua Palestin yang merempat dan menjadi pelarian di Lubnan, Jordan dan Syria yang akan menyambut hari  itu dengan penuh kesedihan, tanda hilangnya maruah sebuah bangsa yang telah dirampas tanah airnya. Termasuk golongan kedua ini tentulah sekali para aktivis Islam yang memahami signifikan isu ini terhadap permasalahan Ummah dan para pencinta keamanan serta umat Islam yang masih ada di jiwanya rasa cinta kepada bumi Isra’ itu.

Dan golongan yang ketiga ialah mereka yang tidak terkesan langsung. Mereka ini sama ada tidak didedahkan atau tidak mengetahui makna sebenar di sebalik peristiwa ini. Termasuk juga dalam golongan ini ialah mereka yang tahu tetapi sengaja tidak mahu ambil tahu.  


Sejak saya mendengar buat pertama kali peristiwa ini, yang saya mampu buat adalah dengan hanya mengatakan..

“Kesiannya orang Palestin, memang Yahudi Laknatullah betul lah Zionis ni!”

Skrip yang sama diulang-ulang  setiap tahun. Kadang-kadang berair juga mata ini melihat zalimnya Zionis dan tingginya semangat jihad anak-anak kecil Palestin…

Sedangkan,

Air mata ibu-ibu yang kehilangan anak-anak mereka , balu-balu yang kehilangan suami, anak-anak yatim yang hilang ibu bapa mereka tempat bergantung dan menumpang kasih, orang-orang tua yang rindu pada tanah tempat lahirnya…..

Tidak pernah berhenti mengalir. 
Menangisi segala keperitan dan kesusahan yang mereka alami selama ini..

Oleh itu, Saya cadangkan..

BERHENTILAH DARI TERUS MENANGIS DAN MENGELUH!



Palestin tidak akan bebas jika kita terus-terusan bermonolog sendiri apabila melihat kezaliman Zionis,



Derita ibu-ibu di Palestin tidak akan terubat dengan kita hanya membuka tulisan-tulisan mengenai Palestin di blog, facebook, twitter atau di akhbar-akhbar online dan kemudian menutupnya kembali, 
“cukup lah aku sekadar tahu sikit”.


Sekurang-kurangnya:
 1.    
           Buatlah satu tabung untuk Palestin di rumah (terpulang sama ada individu atau dikongsi bersama) dan yang penting komited dengan duit yang kita sumbangkan.

2.      Tambah pengetahuan mengenai isu Palestin, fahamkan dan kemudian sebarkan. Tidak cukup dengan kita sahaja yang tahu. Sebar biar satu dunia juga tahu.

3.      Persiapkan diri dengan amal yang sebaik mungkin. Allah tidak akan bersama dengan orang yang tidak ingin bersama-Nya.

4.      Persiapan fizikal. Belajar ilmu-ilmu peperangan atau mempertahankan diri seperti Silat setia Bakti (hehehehe..)

5.      Doa untuk kemenangan bagi para Mujahideen dan semoga rakyat Palestin diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini.



Dan yang paling sukar
6.     Kurangkan atau kalau boleh hentikan pembelian produk-produk yang terang-terangan menyumbang kepada Zionis.



Murabbi saya pernah mengatakan..

Kalau antum susah sangat nak hentikan beli produk-produk yang sokong Zionis ni, cubalah cari alternatif sebaik mungkin.. Kan banyak produk tu ada alternatifnya.. contoh, Milo boleh ganti dengan Vico..”

Perkara ini langsung tidak mustahil.

Ada seorang peniaga kedai makan yang telah komited menghentikan pembelian produk-produk yang menyokong Zionis ini sejak Disember 2008 lagi (mengambil fatwa Dr Yusuf Qardhawi).

Milo digantikan dengan Vico dan Ovaltine.

Nescafe digantikan dengan Indocafe.

KFC digantikan dengan ayam goreng bersalut tepung Kentucky.

Esso dan Shell digantikan dengan Petronas.

Pizza Hut digantikan dengan Piza Malaysia yang terjamin halalnya.

Menghapuskan terus pembelian Mi Maggie.


Banyaknya!
Dia masih komited dan tidaklah sampai didatangi pihak-pihak tertentu yang meminta dihentikan perbuatan boikot-memboikot ini.


Semua ini tidak mustahil akan memberi satu impak yang cukup bermakna. Jika tidak hari ini, mungkin esok, lusa, tulat atau kalau tidak sabar sangat semasa kita disoal oleh Allah SWT nanti di hadapan semua manusia dan makhluk.


Apa yang kamu telah lakukan wahai si fulan untuk membantu saudara kamu di bumi Palestin?”





-Kali pertama menonton video ini ketika saya masih di darjah 5. (Masih teringat air mata yang bergenang bersama satu tekad di hati untuk mempertahankan tanah Palestin)-

"birruh biddam nafdhika ya palestin"







9 comments:

Asyraf Farique said...

boikot mcD... dan seteru2nya..

. said...

sedang boikot berperingkat2.
menda ni dah jadi darah daging. sejak lahir kot dah minum milo. tapi dah boleh la hidup tanpa milo.

cuma nak tanya, ovaltine tu dpd thailand kan?

Fahmi Bahrudin said...

marbo: setuju..buat mana yang paling mampu dulu.

syazana: ovaltine klu asalnya dari Switzerland.. myb kilang utama dia kat Asia Tenggara ni di Thailand..

Anonymous said...

Tentang alternatif tu, memang betul. Vico sangat sedap. Cuma susah nak dapatkan di kedai/kafe.

. said...

anon: bukan susah nak dapatkan. tapi penjual tak mahu jual sebab takde customer minta.
cuba ada customer ramai2 minta. bila permintaan tinggi, mesti penjual nak jual.

duaribulimabelas said...

assalamualaikum..walaupun camni..israel yg merampas palestine dh patut rasa gentar..sebab umat islam dh mula bangkit dkat palestine..salah satunya diceritakan walaupun ramai bayi2 yang syahid, tp population umat islam dh makin meningkat dngan lahirnya bayi2 baru..n bnyak masa scan anak perempuan tp bila lahir anak lelaki..masyaAllah..rijal yg mungkin 1 hari nnt dpt bangkitkan palestine..umat islam dh mula bangkit lpas mesir berjaya jatuhkan hosni..n dngarnya org yg bakal naik nk bukak pintu sempadan mesir n palestine yg ditutup o hosni masa pemerintahan dia..fatah n hamas dh nk mula berbaik..doakan yg terbaik buat saudara2 kita kat sana..semoga terus amek cakna bukan berdiam tanpa buat apa2 :)

Fahmi Bahrudin said...

setuju.. sy pernah belajar satu subjek yg mengatakan kadar kelahiran di Gaza adalah yang paling tinggi di dunia.. xmustahil kerana janji Allah itu pasti..

cuma kita di Malaysia ini bagaimana?
Rakyat mesir telah bertindak.. rakyat negara Arab yang lain telah menyatakan sokongan.. dan kita di mana?

Anonymous said...

milo = gastrik. Tau tak.

Anonymous said...

belajar banyak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...