“Assalamualaikum dik, nak tanya, sebenarnya apa PEMBINA ni? Hari ni baru pak cik dengar.” Kelihatan riak-riak curious di wajahnya.
“Ok.. Macam ni pak cik, PEMBINA ni singkatan dari Persatuan Belia Islam Nasional. Secara ringkasnya, PEMBINA ni adalah sebuah NGO-bukan parti politik yang bertujuan mengumpulkan belia-belia Muslim supaya mereka sedar akan tanggungjawab mereka, peranan mereka serta potensi diri mereka. Kami menyusun program-program yang bermanfaat kepada belia seperti perkhemahan, forum, pengisian rohani, aktiviti kemasyarakatan untuk mencapai objektif-objektif yang saya sebut tadi. Selain itu program-program besar seperti Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis yang bertujuan agar belia-belia Muslim ini sedar akan tanggungjawab mereka terhadap saudara-saudara Islam mereka yang menderita di luar sana..
Kita tengoklah belia-belia di Malaysia sekarang, termasuk saya yang sedang bercakap ni. Bangun-bangun tidur dah disajikan dengan hiburan, nak tidur pun ada hiburan juga. Maka lahirlah belia-belia Melayu-muslim yang saf-nya telah beralih kepada hiburan. Hidup tanpa agenda dan matlamat yang jelas. Jadi, bagaimana pak cik fikir akan masa depan Negara kita ini?”…
panjang lebar pemuda tadi menerangkan kepada pak cik curious itu tadi.
“Err, kenapa Melayu sahaja? Kalau India-Muslim macam mana? Apa pula beza dengan persatuan belia yang satu lagi tu?” semakin bertambah curious Pak cik Curious tersebut. Berkerut-kerut dahinya melihat wajah pemuda tersebut-mengharapkan jawapan konkrit darinya.
Keadaan senyap seketika. Pemuda tadi mula menggelabah. Menyelak-nyelak kertas di hadapannya.
“Macam ni pak cik. Kenapa mesti Melayu kan? Ok.. kita memfokuskan kepada Melayu kerana mereka majoriti.. Lebih dari 95% Islam. Jadi jatuh bangunnya Islam di Negara ini bergantung kepada belia-belia Melayu-Muslim pada hari ini atas faktor majoriti. Kerana itu kami memilih Melayu tetapi pada masa yang sama kami tidak meminggirkan belia-belia Muslim yang berbangsa bukan Melayu. Yang kedua tu la kan pak cik. Saya tidak berani komen tapi bagi kami, sokongan akan tetap diberikan kepada mereka walaupun mungkin ada perbezaan dari cara kami bekerja. Hurmm, pak cik nak berapa borang?” (he he..)
![]() |
Ini bukan Pakcik Curious.. Ni abang-abang Askar :D |
[Fahmi]: Alhamdulillah entri tanpa tajuk ini ditaip secara rasminya menggunakan encik Aspire saya yang telah cuti sakit selama 10 hari. Minta doanya supaya Encik Aspire ni tak nak cuti sakit lagi dah..

No comments:
Post a Comment