![]() |
Mereka bakal menjadi pemuda yang memikul risalah -fahmi- |
Bismillah.
Sesungguhnya saya sedang menuturkan bicara kata kepada insan-insan yang lebih hampir kepada fitrah. Insan-insan yang sangat kurang dosa dan maksiatnya kepada Allah, insan-insan yang pemikirannya jauh lebih bersih dari ideologi-ideologi kotor bikinan nafsu manusia, insan-insan yang jauh hatinya dari rasa buruk sangka. Ya, mereka lebih hampir kepada fitrah. Saya gelarkan mereka dengan gelaran insan fitrah.
“Hurmm, abang ada awek ke?” tanya insan fitrah tadi, penuh perasaan ingin tahu.
Saya terkejut. Dalam banyak-banyak soalan yang boleh ditanya, soalan itu juga yang menjadi pilihan insan fitrah itu. Semua mata kembali bertumpu kepada saya. Dalam mencari-cari kaedah terbaik untuk meraikan soalannya, hati saya jadi berbolak-balik. Boleh sahaja saya tegaskan.
“Eh, apa awek-awek. Haram tau tak?”
“Mana boleh tanya soalan macam tu? Kamu ni kan budak sekolah agama? Kamu mesti tahu kan couple-couple tu haram.”
+++++++
Saya sendiri boleh bosan dengan jawapan-jawapan seperti itu. Mungkin insan fitrah itu mahu menduga sejauh mana reaksi saya. Saya bukan ustaz untuk membawa nas kepada insan-insan fitrah tadi sampai mereka boleh termuntah mendengarnya. Cuba menarik perhatian mereka, saya menjawab.
“Hurmm, mesti lah ada” saya menjawab sambil menunjukkan muka bangga.
“Eh, abang pun ada awek ke?”, agak terkejut dengan jawapan saya.
“Mestilah, tapi masih kat genggaman Allah. Nanti bila abang prepare insyaAllah ada lah”. Saya tersenyum kelat. Bosan dengan jawapan tipikal yang saya ujarkan sendiri.
“ceh. Dah agak dah” wajah-wajah mereka berubah. Ada yang bosan, ada yang tidak puas hati dengan jawapan saya.
Sekali lagi saya tersenyum kelat.
“Ok..tak pe. Kamu semua nak dengar cerita cinta tak?” saya bertanya untuk menghilangkan riak-riak bosan di wajah insan-insan fitrah tersebut.
“Nak !!” serentak mereka menjawab.
Bulatan fitrah yang agak besar tadi beransur-ansur mengecil. Beberapa insan fitrah yang berada agak jauh mula merapatkan diri. Bulatan tadi sudah tiada bentuk.
“Sapa kat sini yang ada makwe? Atau yang pernah ada makwe? Atau yang sekarang teringin nak ada makwe?”
Tiga orang mengangkat tangan. Malu-malu.
“ Ok, kamu semua ni baru form 1. Bagi abang kamu semua ni masih kecil lagi untuk benar-benar faham apa itu cinta. Betul tak?”
Nanti bila kamu mungkin dah sampai tingkatan 3, tingkatan 4 kamu semua akan alami benda ni. Pada masa tu mungkin kamu semua sudah ada handset. Pada masa tu kamu semua dah ada simpan nombor-nombor handset banat pula. Betul? Lihat sahaja senior-senior kamu. Berapa ramai yang jadi macam tu.
“Yela, ada.. Saya tengok dia selalu sms makwe dia.” Jawab seorang insan fitrah.
Bila dah ada nombor banat mesti ada yang dah start nak sms-sms. Betul tak? Tanya dah makan ke belum. Tanya dah study ke belum. Homework Sejarah, Geografi ni macam mana nak buat. Kamu semua akan alami perkara ini. Nanti bila dah selalu tanya, mesti akan timbul rasa suka. Lepas tu couple pula.
Couple tak lengkap tanpa sms, belikan hadiah masa birthday dia, belanja dia makan masa outing.
Kamu semua akan lihat atau alami sendiri benda-benda ni.
Ada seorang kawan abang pun jadi macam ni juga.
Boleh janji dengan makwe dia nak pakai baju warna apa esok.
Dia siap boleh bangun awal pagi pasal nak call makwe dia supaya sama-sama bangun Tahajjud dan sama-sama memunajatkan doa supaya hubungan ‘suci’ mereka diredhai Allah.
Dia pun boleh konsisten puasa sunat Isnin dan Khamis sebab nanti bila iftar boleh bertembung dalam perjalanan nak ke DM (Dewan Makan).
Kawan abang tu berjaya sampai sekarang lagi. Alhamdulillah, dah fly dah pun.
“Lepas dengar cerita abang tadi kamu rasa bercinta ni bagus ke?” saya menyambung dengan pertanyaan.
Muka mereka menunjukkan riak-riak dilema. Hendak jawab ‘ya’ malu. Hendak jawab ‘tidak’ rasa jawapannya ialah ‘ya’.
Yes! Saya Berjaya mencelarukan fikiran mereka.
“Ok lah. Bagi abang jawapan dia tetap tidak. Nak tahu kenapa? Macam nilah. Macam tadi kan, yang solat Tahajjud, puasa sunat semua tu kawan abang tadi buat kerana apa?”
“Mestilah kerana makwe dia, sebab makwe dia yang suruh.” Penuh yakin gaya insan fitrah yang menjawab soalan itu.
“Tengok, betul kan. Semua sebab makwe dia suruh. Habis, kalau dah semua benda, semua amal, ibadah dia buat sebab makwe dia suruh. Kat mana dia LETAK ALLAH masa tu?” saya bertanya.
Tiada jawapan. Ada yang memandang ke lantai. Ada yang memandang ke muka saya menantikan saya menjawab soalan yang saya tanya sendiri.
“Kamu rasa dia dapat pahala tak? Kamu rasa Allah redha tak dengan semua amal dia?” saya memudahkan soalan.
“Tak la abang.” Jawab insan fitrah. Perlahan.
“Ok. Nasihat abang. Betulkan niat kita. Ingat setiap perbuatan yang kita buat ni. Check balik. Allah redha ke dengan kita kalau kita buat macam ni. Allah redha ke kalau kita ni bercinta, bercouple. Abang tak kata pun couple tu haram. Abang Cuma kata adakah Allah redha dengan kita kalau kita couple. Betul kan?” saya membuat kesimpulan.
Faham tak?
Faham!!
![]() |
Ini bulatan fitrah, bulatan cinta -fahmi- |
Kita di Mana?
Apabila memikirkan balik kata-kata saya kepada insan-insan fitrah itu tempoh hari, saya jadi malu pada diri sendiri.
Saya pernah juga melakukan perkara yang dilakukan oleh kawan saya dalam cerita tersebut. Memilih untuk menggunakan laluan tertentu agar boleh bertembung di pertengahan jalan. Pada masa itu, bertembung di tengah jalan sahaja sudah bahagia. Bagai melihat bidadari lalu di hadapan.
Saya pernah juga mengaktifkan diri di dalam kelas agar ‘dia’ perasan yang saya ini agak hebat juga. Sedangkan pada hakikatnya saya tidak suka bercakap banyak dan menonjolkan diri terutama di dalam kelas. Hipokrit. Menunjuk-nunjuk.
Akhlak yang tak berapa baik dalam diri ini pun disembunyikan. Tutur kata lebih terjaga, pandangan lebih ditundukkan. Biar ‘dia’ lihat saya memiliki akhlak yang cukup sempurna.
Saya bukan hendak membuka aib diri. Saya hendak muhasabah. Berapa banyak pengorbanan sehingga ke hari ini. Wang ringgit, masa muda dan tenaga yang telah saya curahkan benar-benar kerana Allah. Benar-benar Allah redha dengan setiap titisan keringat saya. Saya jadi takut bila nanti Allah suruh saya claim syurga dengan si ‘dia’ sebab semua amal yang saya buat kerana dia.
Tidak mahu dibariskan dalam saff munafiqun. Tidak sanggup saya korbankan syurga hanya kerana jatuh pada manisnya senyuman, lunaknya bicara, redupnya pandangan mata.
Syurga jauh lebih mendamaikan.
Betul-lah kata Ustadz Anis Matta dalam koleksi ceramah nikahnya.
“Mereka berpikir sedang berusaha saling memahami..”
“Tapi bukan itu yang terjadi!” Kenyataanya ialah mereka berusaha untuk tampil lebih baik dari yang sebenarnya. Sehingga setiap kali berbicara, sebenarnya mereka sedang menyembunyikan diri masing-masing. Mereka membuat iklan untuk menggoda pembeli. Kerana takut apabila pelanggan tidak puas, akhirnya ia akan ditinggalkan.”
Dan apabila engkau melihat mereka, tubuh mereka mengkagumkanmu. Dan jika mereka berkata, engaku mendengarkan tutur-katanya. Mereka seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahawa setiap teriakan ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya) maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimana mereka dapat dipalingkan ?(dari Kebenaran)
(al-Munafiqun: 4)
Ingin menutup diari ini
Oh ya, sudah genap setahun saya bergelar pelajar degree di Monash University Sunway Campus. Sudah setahun juga lah saya menimba ilmu, diberi taujih, tarbiyyah di instituti bertuah ini. Biar orang lain kata Universiti ini terlalu moden atau moderat untuk menjadi instituti tarbiyyah, kerana ghuraba’ itu tetap bahagia. :)
Wassalamualaikum..

No comments:
Post a Comment