Sep 25, 2011

Determination

                                  


Rudy Ruettiger. Anak seorang pekerja kilang besi. Dia adalah seorang pelajar kelas pertengahan. Tidak mampu pun melanjutkan pelajaran ke kolej, apatah lagi universiti. 

Seperti remaja-remaja lain di Amerika, Rudy meminati 'football'. Dia malah menyimpan impian untuk bermain dalam pasukan yang diminati ayahnya, Notre Dame. Dia adalah seorang yang remaja yang biasa-biasa sahaja.

Tetapi, dia berbeza.

Dia langsung tidak memiliki skill untuk bermain 'football'. Tubuhnya kecil, sering ditewaskan dengan mudah oleh rakan-rakan sepasukannya yang lebih tangkas dan besar fizikal mereka. 

 Dia tidak hebat, dia tiada skill. Badannya terlalu kecil.

Tetapi.

Rudy ada jiwa yang besar. Semangatnya menggunung tinggi. Menggapai langit. Tiada apa yang mampu melawan semangatnya. 

Skillnya tidak menjadikan Rudy seorang yang hebat. Sebaliknya azam dan semangatnya yang menjadikan dia seorang inspirator. Satu-satunya pemain yang pernah dijulang di atas padang nostalgik Notre Dame.


Oh ya, saya tidak menipu. Ini berdasarkan kisah benar.


                                                                                 + + +

Bandingkan dengan kita. Berapa ramai dari kita menilai kejayaan sesuatu usaha itu berdasarkan kedua biji mata kasarnya?

Yang hanya melihat kepada natijah? data? Statistik? Sokongan ramai? 

Tetapi lupa untuk menilai usaha yang dilakukan hatta hasilnya tidaklah secemerlang mana?

Nabi Nuh AS. Berdakwah ratusan tahun, yang beriman hanya beberapa puluh.
Nabi Zakaria AS. wafat digergaji bani Israel. Kaumnya sendiri.



Kita lupakah?

Allah menilai kelayakan kita masuk ke syurga ini bukan pada banyaknya amalan atau ibadah kita?
Allah menilai U.S.A.H.A.

Micheal Owen kata.. 
Determination.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...