Mar 27, 2012

Global March to Jerussalem



Ramai yang bertanya. Bahkan ramai yang ragu-ragu. Apakah hasil yang boleh didapati melalui perhimpunan seperti ini? Konsert-konsert, ucapan dan laungan-laungan. 
Lebih baik pergi angkat senjata. Kasi tembak sama itu Zionis.

Biar tak lagi susah-susah kita hulur tangan, derma.
Biar tak lagi susah-susah, pergi konsert.
Biar tak lagi susah-susah baca doa untuk Palestin lepas solat.

Tahukah kita?

Ada satu perkataan yang bernama propaganda. Yang bahasa lebih 'smart'nya promosi, kempen.
Ya, memang dengan berkumpulnya kita di Shah Alam tidak akan sekali-kali menampar muka-muka tentera Zionis untuk berhenti menzalimi saudara Palestin kita.

Tetapi, bukankah kita percaya Allah SWT akan menilai kita dengan usaha?
Biar kita jadi burung pipit dalam kisah nabi Ibrahim.

Al-Aqsa yunadikuum!!








[Fahmi]: Oh ya, sebelum terlupa, Aman Palestin juga akan menyingsing lengan pada keesokan harinya bagi menyatakan sokongan terhadap GM2J.

iklan:
Aman Palestin akan menganjurkan Konvoi Pembebasan Al-Quds Sempena Menyokong Program Global March To Jerusalem (GMJ) yang akan diadakan pada 31 March 2012 bersamaan hari (Sabtu),Pihak Aman Palestin memerlukan 100 orang Sukarelawan AP untuk bersama2 didalam membantu gerak kerja Konvoi tersebut.Kepada sahabat2 yang berminat untuk menjadi Sukarelawan sempena Konvoi tersebut,Sila hubungi segera untuk maklumat lanjut:
HQ Aman Palestin :03-89267019
Cik Amy : 012-3478291
Akhi Azmir : 012-6651536
Facebook : Aman Palestin
Facebook : Sukarelawan Aman Palestin Malaysia
Layari : www.amanpalestin.net

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...