Rasanya kurang sesuai bagiku membicarakan soal ini kerana aku masih memegang status sebagai seorang pelajar yang masih terikat dengan Auku...
tetapi setelah memerhati pandangan rakan-rakanku mengenai politik, aku merasa sedikit 'eager' untuk berkongsi pendapatku."politics is suck", "politician suck" adalah antara komen yang sering dilemparkan oleh mereka terhadap politik terutama ahli2 politik di Malaysia...
Kadangkala pendapat mereka juga boleh diterima akal apabila melihatkan keadaan kacau-bilau yang melanda negara ini disebabkan percaturan ahli2 politik ini...
Ya, kadangkala harga barang naik disebabkan oleh ahli politik, tol naik, minyak naik, kadar jenayah meningkat disebabkan tindakan ahli2 politik ini..
Tapi aku lebih berasa terkilan kerana yang dicaci dan dimaki itu adalah mereka2 yang beragama Islam dan sekaligus mencemarkan imej Islam..
Tidak kiralah Pakatan Rakyat mahupun BN..
Imej Islam telah tercemar teruk disebabkan mereka2 ini..
Isu kuil, rumah penyembelihan khinzir, isu azan, kepala lembu dan macam2 lagi isu telah mencemarkan imej Islam sehingga isu azan 5 kali sehari turut disentuh oleh orang bukan Islam...
Inilah akibatnya apabila ahli2 politik ini hanya mahu berpolitik tanpa Islam @ sekular....
mahu mengaku Melayu islam tetapi menolak hukum Allah kerana sayangkan Lord Reid itu..
Terdapat juga pejuang2 Islam yang sudah semakin berlembut dengan tuntutan non-muslim sehingga prinsip perjuangan mereka turut diperjudikan...
Bila disebut hudud sahaja ekstermis..
seolah-olah Islam ini pengganas... Seolah-olah ulama ini adalah pakar membuat bom...
Itulah yang bermain-main di fikiran non-muslim..
Setelah membaca banyak buku mengenai politik dan bertaddabur...
Aku membuat satu kesimpulan ini...
"Islam al-ahlu"
Islam sebagai penyelesaian....
Antara buku yang memberi kesan kepada diriku ialah '20 usul Ikhwanul Muslimin', 'Hamas: dari underground kepada parti pemerintah' dan 'Kebangkitan Islam karya Yusuf al-Qardhawi'...
Persoalan politik dan Islam telah dikupas oleh ketiga-tiga buku ini.....
Dan antara bukti kejayaan ini ialah kemenangan besar Hamas dalam pilihanraya Palestin 2004..
Mereka menggunakan moto ini dan berjaya menambat hati sanubari rakyat Palestin untuk memilih mereka sebagai kerajaan.
Persoalan yang timbul ialah mengapa mereka menolak Fatah yang memilih perjuangan memebebaskan Palestin yang disandarkan kepada nasionalisme..
Selain faktor korupsi, mereka juga sebenarnya telah bosan dengan kegagalan golongan Nasionalisme membela nasib mereka.
Mereka lebih cenderung untuk memilih jalan Islam sebagai medium perjuangan mereka..
Yang peliknya ialah hampir 40% rakyat Palestin adalah beragama Kristian.
Adalah mustahil untuk menafikan yang mereka turut memilih Hamas sebagai kerajaan.
Di sebalik tohmahan orang2 seagama dengan mereka di barat yang mengatakan Hamas ini pengganas. Mereka tetap berteguh hati untuk memilih Hamas.
Suasana yang agak pelik sebenarnya. Tetapi itulah bukti kesyumulan Islam dan Islam sebagai ad-deen bukan omongan kosong semata-mata..
Dia akhir kalam ini saya menyeru rakan-rakan remaja sekalian supaya kembali kepada kefahaman Islam sebenar..Islam tidak boleh dipisahkan dari politik dan apatah lagi dari hidup kita...
"Islam as ad-deen"

No comments:
Post a Comment