Atas dasar apakah kamu memilih wanita itu sebagai kekasihmu? Adakah kerana kecantikkannya, kelembutannya, atau pesona kata-katanya? Sedarkah kamu bahawa kebanyakan nikmat yang kamu peroleh semasa berpacaran itu bakal ditukarkan oleh al-Aziz kepada seksa azab yang tidak terperi sakitnya di akhirat kelak.
Atas dasar apakah kamu menangis seumpama anak kecil apabila ditinggalkan oleh kekasihmu?
Di manakah ego kamu semua wahai sang Adam? Begitu mudah egomu ditundukkan oleh seorang wanita yang belum pasti akan bersamamu sehingga ke akhir hayatmu wahai sang adam.
Jika perkahwinan yang engkau pilih itu hanya semata-mata untuk 'la takrobuzina'. Adalah lebih baik bagi kamu untuk memikirkan juga mengenai lampin, tangisan, rengekan anakmu apabila kau melafazkan "Aku terima nikahnya".
Wahai kaum hawa...
Dalam merenung mengenai masyarakat sekelilingku, aku berfikir mengenai sesuatu.
Apakah kamu semua biasa mempertahankan maruah dirimu untuk hubungan sebelum kahwin yang selalunya tidak mempunyai kepastian?
wahai saudari,
selalukah kamu bertanya kepada diri kamu sendiri, atas dasar apa kamu mencinati dan dicintai? Sudahkah kamu menghormati diri kamu sendiri sebelum kamu mendambakan kehormatan orang lain? Banggakah kamu dengan gelaran 'ex-girlfriend' berbanding gelaran mulia seorang isteri yang solehah dan ibu mithali?
Apakah kita mampu untuk berkata kepada anak-anak kita suatu hari nanti. Anakku janganlah engkau mendekati jalan zina, kerana sesungguhnya kami telah berjaya membuktikanya.
Jazakumullah khairon kathiro....

No comments:
Post a Comment