Oct 3, 2009

Aku tinggalkan cinta kerana CINTA










Sebelum aku menulis sebuah cerita ini buat renungan semua. Ku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana masih memberiku peluang untuk berkongsi rasa, pendapat dan pandangan dengan pembaca semua.

                                                                             +++

Wajahnya ayunya bisa mencairkan hatiku, kesopanannya bisa mengetuk pintu sanubari ini, dan barangkali ketakwaanya bisa merantai jiwaku. Inilah bisikan nurani seorang lelaki yang mempunyai keinginan untuk mencintai dan dicintaai seorang insan bernama wanita. Bisa juga membuatkanku mandi tidak basah, makan tidak kenyang dan bisa juga menyentap kelenaan tidurku. Tapi kadang-kadang bagus juga kerana aku bisa menyiapkan homework ku yang bertimbun-timbun berbanding pelajar-pelajar lain. Tidak hairanlah di saat aku menyampaikan berita perpindahanku dahulu, seorang pensyarah bagaikan tidak rela melepaskan aku pergi ( bukan riak.. hanya sebagi pengajaran).

Di saat aku masih tercari-cari arah di dalam masyarakat yang agak berlainan berbanding di zaman sekolahku dahulu, aku telah menetapkan pendirian untuk menjauhkan diri daripada terjebak ke lembah 'berpacaran' atau aku lebih senang menyebutnya sebagai couple.

Sakit betul mataku melihat wanita-wanita yang bertudung tergedik-gedik untuk menarik perhatian kaum lelaki. Pernah hati yang mudah berbolak-balik ini berkata, " Mereka ini tidak lain tidak bukan hanyalah anasir-anasir yang menjatuhkan maruah Islam". Walaupun aku akui kadangkala iman yang lemah ini mudah di jatuhkan oleh mereka. Aku masih tidak peduli. Jika ibubapaku mengharapkan agar aku bisa menambah ilmu di sini akan ku penuhi harapan mereka sebaik-baiknya. Tetapi mengapa sukar benar untuk aku menundukkan pandanganku ini ya ALLAH?. 

Mujurlah masih terdapat ikhwah yang kerap kali mengingatkanku mengenai 'menjaga pandangan'. Baru aku sedar betapa usrah itu penting sebagai medium tazkirah kepada manusia-manusia yang memang fitrahnya pelupa ini.

Tetapi perbualanku bersama seorang rakan pada suatu hari telah menjerumuskan aku kearah perkara yang cuba aku elakkan selama ini. Entah bagaimana aku boleh memberikanya telefonku untuk meng'sms' seseorang. Bila aku tanya siapakah orang yang di 'sms' nya itu. Jawapanya amat mengejutkan , insan itu adalah wanita yang telah mengganggu hatiku selama ini. Hilang terus niatku untuk mengosongkan peti 'sent items' itu. Hatiku berbunga-bunga dan aku akui di hati ini mempunyai secebis harapan untuk menghubunginya walau cuma sekali. Ini adalah kerana mana mungkin aku berani berbicara dengannya kerana untuk bercakap dengan wanita lain pun aku terketar-ketar keseganan.

Suatu hari, assignment Biology ku masih belum disiapkan. Di saat aku bermujahadah untuk menyiapkan assignment itu, tiba-tiba hati ini teringat pada si 'Dia'. Nombornya sudah ada, kenapa tidak ku manfaatkan? Mungkin Syaitan pada masa itu sedang bermujahadah juga untuk menyesatkan hatiku. 

Akhirnya aku mengalah. Dengan tangan yang menggigil aku cuba menelefonnya. Dan harapanku cuma satu, dia tidak akan menjawab panggilanku itu. Tiba-tiba terdengar di hujung talian 

"Hello siapa ni".

 Bagai nak meletup jantungku pada saat itu. 

"Hmm.. assalamualaikum, ni Ainul ye.. ni Aiman... hmm, saya nak tanya sikit. Awak dah siapkan assignment bio ke belum? Ingat nak tnye soalan yg nombor lima tu.." 

Entah bagaimana keberanian itu boleh datang, aku sendiri tidak mengerti. Dibius cinta agaknya.

 "O00.. awak.. pelik juga macam mana awak boleh call saya. saya tak siap lagi la.. nanti la kalau siap saya beritahu awak ye". 

Lembut betul suaranya. Hatiku bagai dicurah-curah dengan panahan ke'excited'an dengan tidak semena-menanya." hmm. ok xpe.. terima kasih.. Assalamualaikum"


Perbualan pendek itu tamat di situ. Aku terbaring kesukaan, gembira, malu, angau.. Bercampur-baur di dalam jiwa ini. Bagaimana aku mampu menempuhi hari esok. Akan aku lihat wajahnya mulusnya lagi, tapi mungkin esok dia akan menyedari kehadiranku. Sikap pendiamku selama ini kadang-kadang merimaskan diriku juga kerana sukar untuk orang lain menyedari kehadiranku. Apatah lagi wanita. Biarlah assignment bio ku tidak siap. Yang penting aku sudah berani untuk berbicara kepadanya.


Beberapa hari selepas itu, di saat aku sedang solat Maghrib di masjid, kekhusyukanku agak terganggu dengan 'vibration' dari handsetku. 

"hmm..sapa pulak la yg mesej aku maghrib-maghrib ni?"


Terpaku seketika diriku ketika menerima sebuah mesej teka-teki itu. Wah, si dia rupanya.Aku membalasnya dengan sebuah jawapan ringkas sambil ku selitkan sekali sindiran sama ada dia menyedari waktu maghrib atau tidak. Jawapan yang kuterima agak memuaskan hati. Dan selepas saat itu kami bermesej sehinggalah ke tengah malam. Banyak mengenai dirinya yang aku ketahui, dan banyak juga mengenai diriku yang di ketahuinya. Sejak saat itu juga kami bermesej pada setiap hari. Benar kata ayahku, ikutkan hatinya dia tidak akan membenarkan aku menggunakan handset kerana dia takut aku akan hanyut dalam dunia 'sms' ini seperti remaja-remaja yang lain.


Hmmm.. sudah hampir dua minggu kami mengenali antara satu sama lain. Dalam masa itu juga aku cuba mencari bukti-bukti yang boleh aku jadikan alasanku untuk ber'couple'. Tapi nyata usahaku hanya berakhir sia-sia. Aku tidak berputus asa. Aku cuba berdiskusi dengan ikhwahku yang lain mengenai perkara ini. Mungkin mereka akan menyokong tindakanku. Namun harapanku hanya tinggal harapan.


Masa itu berlalu dengan pantas. Satu hari, aku menerima surat tawaran untuk melanjutkan pengajianku di tempat lain. Hati aku berbelah bahagi pada ketika itu. Adakah aku patut berpindah ? Sememangnya tawaran ini menjadi matlamatku sejak aku di tingkatan empat lagi. Tapi aku juga tidak sanggup meniggalkan si 'Dia'. Di saat aku di landa kekusutan dalam menentukan keputusan hidupku, Allah telah memberikan satu pertolongan.


Sebuah artikel kiriman seorang akhwat benar-benar mengubah pendirianku. Saat itu juga aku menangis, menyesali segala perbuatanku..Antara kata-kata di dalam artikel itu yang membuatkanku menitiskan air mata penyesalan ialah, "Cuba kamu beritahu Umi, ayat Allah manakah yang mengatakan kamu boleh berkasih-kasihan dengan wanita yang bukan muhrim selagi kamu tidak menikahinya'. Hati aku bagai dirobek-robek saat membaca dialog itu. Aku sedar aku telah meletakkan hatiku ini kepada seorang wanita yang aku belum pasti akan melayari bahtera rumahtangga bersamaku. Matlamat tidak akan pernah menghalalkan cara. Biarpun aku berniat untuk mendirikan rumah tangga bersama dia, tetapi aku terlupa sesuatu. Yang haram tetap haram. Berkasihan dengan seorang wanita bukan muhrim sebelum Pernikahan hanya akan menjerumuskanku ke lembah zina.










Pada mu ya Allah, ku menadah tangan memohon keampunanmu. Terimalah segala taubatku ya Allah, sesungguhnya aku ini tidak layak menikmati syurga Firdausimu, namun aku tidak mampu untuk menahan siksa neraka Jahim mu ya Rahman.


Aku membulatkan tekad, akan kulempar perasaan ini jauh-jauh agar hatiku tidak lagi jauh dari 
keredhaanMu ya Allah. Akan ku tinggalkan cinta itu demi CINTA mu YA ALLAH.. ='(



















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...