Ketika hati ini melonjak-lonjak untuk berkongsi sesuatu dengan antum semua mengenai sesuatu, banyak halangan dan kesulitan yang saya hadapi. Halangan yang paling utama sekali ialah sikap malas dalam diri ini.. hmm.. alhamdulillah, dapat juga diatasi setelah bermujahadah sekian lama..
18 tahun yang lalu....
Ketika saya dilahirkan ke dunia , umi saya cakap saya menangis dengan kuat sekali...
Tetapi dia tidak berasa sedih tetapi dia sangat bahagia saat itu. Kerana pada saat itulah dia sudah bergelar seorang ibu. Ayah juga sangat gembira kerana pada saat itu dia sudah bergelar seorang bapa. Walaupun menyedari semakin besar tanggungjawab yang perlu digalasnya. 16 oktober 1991,Lahirlah insan yang diberi nama 'Yang mempunyai kefahamanku' di bumi Allah swt ini.Umi ana cakap nama itu diberi agar ana memahami Islam itu dengan sebenar-benar kefahaman.Alhamdulillah, harap-harap saya mendapat tempias dari nama itu. Besar harapan ayah dan umi.
12 tahun yang lalu...saya sudah berusia 6 tahun ketika itu. Sudah masuk ke taska. Satu hari, saya bergaduh dengan seorang rakan saya kerana cuba mempertahankan rakan saya yang lain. Habis koyak baju saya. Hebat sangat bertumbuk agaknya..hehe.. Pulang ke rumah.. umi bertanya.. "Abang, kenapa baju koyak-koyak nie? bergaduh ke? umi, tadi ada budak pukul Amin, xkan abang nak biar aje.. Abang tolong la.. tapi cikgu denda abang pulak.. adil ke umi? Tanpa melihat ke wajahku, umi berkata....kenapa abang x fikir dulu sebelum buat sesuatu? saya yang masih berusia 6 tahun pada masa itu masih belum mampu mengerti kata-kata umi...
11 tahun yang lalu...
Hari ini hari pertama saya akan memulakan persekolahan rendah saya.. Excited, anxious, suka, gembira semua ada.. semangat punya pasal, malam tadi baju, seluar habis saya gosok dengan seterika yang sangat berat.. xpelah, esok nak pergi sekolah kan.. sabar2... Esoknya,awal2 pagi sudah tercegat di pintu bilik air.. menunggu giliran untuk mandi..Nama sekolah itu masih segar terpahat di minda ini, SK Lelaki Bandar Kluang.... nama yang sering dijadikan ejekan oleh anak jiranku.. Tapi nama sekolah dia apa kurangnya, SK Perempuan Bandar (kluang).. Penat kami bergaduh hanya disebabkan oleh nama sekolah.. Tapi itulah lumrah kanak-kanak..Tidak dapat dilupakan saat membantu guru kelas mengejar rakan yang meraung-raung hendak pulang ke rumah.. Lagaknya seperti watson nyambek (pelari terkenal ketika itu).. Pulang ke rumah, saya menceritakan peristiwa itu kepada umi.."umi,tadi ada kawan abang nangis2 lari nak balik rumah"..ujarku.. " abang kejar ke? kenapa abang x lari sekali?" tanyanya.. "Buat apa nak lari.. sekolah kita best la mie"... Umi hanya tersenyum apabila mendengar jawapanku...
10 tahun yang lalu..
Sekarang saya sudah masuk darjah 2.. masa itu saya anggap diri ini dah cukup matang..
Masih ingat lagi saat gelombang Reformasi memuncak.. Hampir setiap hari kawasan perumahan saya menjadi tempat tumpuan pihak Polis.. Kata umi, tempat kita ni memang kubu kuat penyokong reformasi.. Tidak dapat dilupakan saat pihak polis menyerbu sebuah ceramah yang tidak jauh dari rumah saya.. Keadaan yang bersemangat dengan ucapan-ucapan pendokong reformasi terutama Abu Urwah begitu menarik minat saya tiba-tiba menjadi hiruk-pikuk.. Laungan, "Reformasi", "jatuh maha****" begitu menggamatkan suasana..Ikut hati yang tengah bersemangat ini, ingin saja menyertai mereka.. Namun, mujur perasaan 'takutkan polis' ini masih menguasai diri.. Dari situlah saya mula tertarik untuk mengkaji peristiwa di sebaliknya.. Kalau dulu, saya paling benci menonton berita, tetapi sejak peristiwa itu, saya menjadi penonton setia berita terutama TV3.. Ada hikmahnya pergolakan politik nie, sekurang-kurangnya saya tidak lagi jahil dengan perkembangan semasa... Saya juga mula membaca buku dan artikel mengenai politik.. Lagaknya seperti prof emiritius..huhu... Betapa saya telah mempelajari sesuatu daripadanya.... Hidup sebagai seorang dewasa sangat mencabar.. Mujurlah saya hanya seorang kanak-kanak yang telah dipertanggungjawabkan untuk belajar sahaja dan berusaha untuk mencapai cita-cita dalam..
9tahun yang lalu...
Saya berada di kelas 3 Arif.. kelas nombor satu di sekolah saya.. Agak bangga pada diri sendiri pada masa itu.. Tidak pernah menyangka akan merasa kelas terbaik di sebuah sekolah ditengah-tengah bandar.Tidak dapat dilupakan peristiwa digelakkan oleh rakan-rakan sekelas ketika saya ditanya oleh Puan Azlin mengenai cita-cita saya.. "Fahmi, apa cita-cita kamu ketika besar nanti?" Dengan penuh yakin, saya menjawab "Posmen cikgu"... kelas yang mulanya sunyi sepi bertukar menjadi hingar-bingar dengan gelak ketawa rakan-rakan.."kenapa kamu memilih posmen?" soal guruku sambil tersenyum-senyum.. "sebab posmen boleh bawa motor cikgu.. saya suka bawa motor".. ujarku sambil tersengih-sengih.. "xpe fahmi, insyaAllah , kamu akan berjaya mencapai cita-cita kamu".. ujar guruku... pada usia 9 tahun itu saya masih tidak mengerti mengapa orang memandang rendah kerja sebagai Postman.. mungkin zul fahmi yang sekarang telah memahaminya....Saya tidak lama di darjah 3 apabila ayah berpindah ke kampung di Muar juga di negeri yang sama. (tanah tumpah darahku: Johor darul ta'zim).. Baru saya mengerti betapa sedihnya perpisahan dengan rakan-rakan sepermainan yang berkongsi suka dan duka selama hampir 4 tahun..
Sebenarnya, tujuan saya menulis mengenai perkara ini ialah untuk berkongsi betapa indahnya zaman kanak-kanak.. di sinilah saya belajar mengenai banyak perkara.. persahabatan, zaman awal persekolahan yang amat seronok (tanpa tekanan dengan peperiksaan awam: UPSR,PMR, SPM).. dan di sinilah saya mula belajar mengenai politik yang sebenarnya agak janggal pada kanak-kanak seusia saya.. Tetapi pengalaman semasa kecil inilah yang mendewasakan kita pada hari ini.....

_lencana sekolah... =)
~betapa kurindukan masa-masa itu~

No comments:
Post a Comment