Oct 23, 2009

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran..



B.A.H.A.G.I.A
Perkataan yang menjadi buruan ramai orang. Di kala dihimpit tekanan hidup sama ada di dalam pelajaran, kewangan mahupun cinta itu sendiri, kebahagiaan ini merupakan perkara yang sangat sukar dicapai. Persoalan yang bermain di fikiran ana sekarang. Mengapakah manusia mencari bahagia?

`Ana rasa kita sendiri yang layak untuk menjawab persoalan itu. Bagi ana, bahagia itu merupakan satu fitrah yang Allah kurniakan kepada manusia. Kerana itulah manusia lebih selesa kepada fitrahnya. Antum rasa betul x?

Mengapa golongan2 yang Allah kurniakan dengan kekayaan yang melimpah ruah, kepandaian, rupa paras yang cantik masih berasa tidak bahagia? Malah jutawan hartanah terkenal di US sendiri pernah berkata: " Aku melihat masih ada manusia yang lebih bahagia berbanding aku, tetapi mengapa semua orang mahu menjadi aku?"
Lihatlah bagaimana kekayaan yang melimpah ruah itu sendiri tidak mampu membeli kebahagiaan.

Bandingkan pula dengan cerita seorang pak cik yang ana pernah temu ramah dahulu. Dia hanya bekerja sebagai tukang kebun yang gajinya tidak sampai RM 1000 sebulan. Ada seorang isteri dan 9 orang anak. 7 daripada mereka masih belajar. Pak cik ini tidak pernah mengeluh dan merungut mengenai kesusahan hidupnya. Kalau dia mengeluh sekalipun, dia akan segera meminta ampun kepada ALLAh. Kerana apa pak cik ini bersikap begitu? Jawabnya: " ketika pakcik kesempitan wang, pakcik teringat akan rakan-rakan pakcik yang diluar sana yang lagi susah hidupnya dari pakcik. Jika anak-anak pakcik bergaduh atau membuatkan hati pakcik tidak senang, pakcik teringat akan rakan pakcik sendiri yang sudah berpuluh-puluh tahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan sebarang cahayamata. Kerana itulah pakcik sentiasa bersyukur kepada Allah.Kerana di sebalik ujian yang menimpa pakcik, ada orang lain yang lebih besar ujian yang mereka terima"...

Lihat bagaimana seorang hamba Allah ini menilai ujian yang diberi padanya. Dia jarang sekali merungut, menyumpah seranah sebaliknya sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan padanya. Bagi ana, pakcik ini lebih merasai kebahagiaan berbanding orang-orang lain yang lebih baik nasibnya.Kesimpulanya mudah sahaja: belajar- belajarlah untuk bersyukur dengan apa sahaja kurniaan ALLah kepada kita. Tapi ini bukan bermakna kita boleh berserah sahaja tanpa berusaha. " sesungguhnya berputus asa itu bukanlah sifat seorang muslim" (Hassan al-Banna)

~ Kembalilah kepada fitrah dirimu dalam usaha mencari sebuah kebahagiaan itu~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...