
sALAM...
Saya agak tertarik ketika melihat sebuah 'post' rakan saya di sebuah laman sembang...
" U Complete me".. Pasti banyak persepsi kamu semua apabila melihat 'post' itu kan?
Persoalanya siapakah 'U' itu?
Sama ada kata2 seorang lelaki kepada wanita yang bergelar kekasihnya, kata2 seorang isteri kepada suaminya, atau kata2 kita kepada rakan-rakan dan sahabat-sahabat kita?
Tetapi saya ingin memfokuskan kepada rakan2 dan sahabat kita...
SubhanAllah.. betapa besarnya rahmatmu..
Saat Allah meletakkam kita di dalam rahim ibu...
siapakah teman kita?
Kita hanya berseorangan.. Betul atau tidak?
Tetapi lihatlah sekarang..
Hidup kita ditemani oleh rakan2..
Ibu bapa...
Jiran tetangga...
Atau
kekasih pujaan hati..
Mengapa ketika kita di dalam rahim ibu, kita tidak pernah berasa sunyi?
tidak pernah berasa merengek kebosanan walaupun keseorangan?
Cuba kita letakkan diri kita sekarang pada situasi yang sama..
Tutup pintu bilik,jangan keluar 2-3 hari...
Apa yang kita akan rasa ketika itu?
Bosan, pening kepala, Tekanan perasaan...
Betul?
Cuba kita bayangkan hidup tanpa teman atau sahabat?
mesti bosan kan?
walau seburuk-buruk mana pun kelakuan mereka pada kita..
tetapi itulah lumrah dalam berkawan..
ada kalanya gembira..
ada kalanya berduka kerana bergaduh..
Tetapi itulah satu rahmat Allah kepada kita..
Mana mungkin kita akan menghargai nikmat kegembiraan dalam berkawan jika tidak pernah bergaduh?
Hargailah kawan2 kita, kerana insyaAllah merekalah yang akan membimbing kita menuju Mardhatillah...
Tetapi sahabat itulah pelengkap diri kita.. " U complete me"..
siapalah kita tanpa teman...
tapi apa gunanya teman tanpa disulami benih2 keimanan......
Berkawanlah kerana Allah.. Dan berpisahlah kerana Allah...
~ selamat bercuti untuk rakan2 ku sume...'moga cuti ini akan membawa manfaat kepada kita~ (^_^)

No comments:
Post a Comment