Nov 25, 2009

TARBIYAH: Satu Harapan








Terasa ingin berkongsi pengalaman saya menghadiri suatu seminar. Pemuda: Cabaran Dan Tanggungjawab.

Tajuk seminar yang bagi saya amat menarik. Pemuda yang dikenali sebagai syabab atau fatayat di dalam Bahasa Arab menjadi entiti penting bagi pembangunan sesebuah Ummah dan saya ingin memfokuskan kepada umat Islam. Persoalanya, mengapakah pemuda? bukan golongan tua atau kanak-kanak? Jawapannya mudah. Kembalilah kepada sirah Muhammad SAW.
Berapakah umur Abu Bakar, Umar, Abdullah bin Mas'ud, Ali ? Kerana itulah dakwah Baginda telah berjaya tersebar ke seluruh tanah Hijjaz.
Sultan Muhammad al-Fateh telah berjaya menawan kota Costantinople pada usia 21 tahun. Mungkin pada masa itu kita masih bertempur di medan pelajaran, sudah mula teringin untuk merasai hidup berpasangan atau masih terlentang di katil. Bayangkan betapa besar impak golongan pemuda terhadap jatuh bangunnya sesebuah tamadun itu...

Kejatuhan sistem khilafah pada 1924 hasil permainan licik musuh-musuh Islam dan golongan munafik telah menerbitkan satu luka yang besar terhadap umat ini. Umat Islam telah ditindas dan dizalimi di Palestin, Iraq, Bosnia, Chechen, Selatan Thailand, Fillipina, Kashmir tanpa mendapat pembelaan sewajarnya. Apakah tindakan kita sebagai seorang yang mengaku penganut agama Allah ini? membiarkan atau bertindak?
Muhasabahlah diri seketika. Apakah kita boleh mendabik dada dengan kejayaan diri kita sedangkan pada hakikatnya saudara-saudara kita masih ketinggalan di segenap bidang.

Untuk pengetahuan kita, antara 7 golongan yang akan memperoleh naungan Allah di Akhirat kelak ialah pemuda yang dibesarkan dalam suasana yang beribadah kepada Allah. Jadi tunggu apa lagi. Bangunlah dari lena dan mimpi kita, Berimanlah, berazamlah, dan teruskan beramal sehingga kita akan merasai betapa indahnya Halawatul Iman itu....


Pada slot seterusnya kami saling berkongsi rasa dan pendapat masing-masing. Tapi saya amat tertarik dengan penyampaian oleh akhi fathi. Betapa beliau menarik minat kami dengan bercerita kesan teori evolusi Darwin, perang Dunia 1 dan 2 terhadap keruntuhan akhlak golongan remaja muslim di Malaysia. Walaupun pada mulanya agak pening dan tidak memahami kaitannya, akhirnya saya berjaya memahami dengan satu kesimpulan mudah. " sesungguhnya amal itu berdasarkan dengan niat"..
Terasa berbaloi mengambil risiko memandu kereta ayah berseorangan ke tempat sejauh Simpang Renggam jika hendak di bandingkan dengan input yang diperolehi sepanjang program ini. Dan lebih penting lagi saya telah mengenali lebih ramai Ikhwah yang sebelum ini kalau berselisih bahu pun tidak disedari. Ungkapan keramat " takruf" sebenarnya menjadi titik tolak kepada kesinambungan ukuwah yang terjalin di antara kami....
JazakAllah..
~Learn-Understand-Spread~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...