Assalamualaikum...
Saudara,
Islam pasti menang.
Dan tanda-tanda kemenangan sudah pun terpampang luas di mata dunia.
Itulah hasil dari Iman setiap individu mujahid. Apa yang kita tunggu lagi? seruan jihad itu telah berkumandang di bumi al-Quds...
Mari kita lihat serba sedikit kisah-kisah karamah yang Allah berikan pada mujahidin di sana yang telah disampaikan oleh wakil dari palestine sendiri, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini. Moga-moga kita ini mampu menaikkan semangat kita untuk menjual diri kita pada jalan Allah..
- Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.
- Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.
- Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.
- Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.
- Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian puti dan melemparkan pasir ke matanya.
- Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.
- Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.
- Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.
Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. “(Fussilat:52).

5 comments:
salam akhi
macam ku kenal artikel ini..
hehe.
mabruk!
terbaca dari sebuah blog.. hee
syukran~
btw, artikel blog yg nta copypaste skit ni pun senanye dicopy sebahagiannya dr blog org lain.
( http://inijalanku.wordpress.com )
ya ya ya!!! pernah dengar. memang Allah membantu mereka.. sangat menarik, menakjubkan dan harus difikirkan dengan mendalam. Kemenangan itu, takkan kita dapat dengan bekerja secara bersendirian. Mesti ada kumpulan yg sama-sama berusaha ke jalan ini. Tapi malangnya, apa yang berlaku sekarang? Fikir-fikirkanlah. Tapi Allah dah berjanji bahawa saatnya pasti tiba. Andai kata bukanlah pada waktu ini. InsyaAllah, saatnya pasti tiba. 5 tahun lagikah? 10 tahun lagikah? Atau 100 tahun selepas syahidnya Al-Banna..? Kita tak tau. Tanggungjawab kita adalah mempersiapkan diri dan melengkapkan generasi seterusnya dengan senjata yang sepatutnya.
mari pergi KOBANNA... (promote2)
i.Allah kita akan belajar ckit cara pemikiran as-syahid dlam mengembalikan Islam ke tempatnye....jazakAllah
amad: ana mmg da perasan td.. hehe..
Post a Comment