Mar 27, 2010

Kamu cantik, Tapi izinkan aku untuk....

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 | KLIBF KL Book Fair





Mukaddimah


Bismillah..
Alhamdulillah masih ada ruang dan peluang untuk saya menulis sesuatu petang ini. Dengan masalah ketidakpuashatian masyarakat non-muslim terhadap isu azan di tempat saya, keadaan mungkin agak tegang. Tetapi, saya masih percaya kepada sistem toleransi dalam masyarakat majmuk di negara ini. Minggu ini juga, saya mula menggunakan telefon bimbit yang baru, juga turut mengharungi exam yang mungkin sepatutnya lebih mudah jika bersedia lebih awal. Hujung minggu ini juga dipenuhi dengan tugasan-tugasan yang bertimbun-timbun. Bukankah itu fitrah seorang pelajar?
Sebenar-benarnya saya ingin berkongsi pengalaman  ke KLIBF' 2010 semalam mengajar saya sesuatu.

KBLIF' (Apa ibrahnya?)


      Sebenarnya apa yang saya ingin kongsikan dengan kamu semua mengenai program ini? Buku-buku ilmiah yang kurang dihargai generasi muda? Maaf, antum semua silap.Sebenarnya, saya ingin mencerikan mengenai pengunjung di pesta itu. Luar dari sangkaan saya, kebanyakan muslimat yang berkunjung ke pesta itu, sejuk mata memandang, hampir semuanya berpakaian sopan (menutup aurat). Suasana yang sudah lama tidak dirasakan oleh saya. Bukan kerana muslimat di sana terdiri daripada pelajar KISAS mahupun SEPINTAR semata-mata, tetapi bagaikan sudah ada satu sinar perubahan yang patut kita syukuri.
      Saya tidak mahu bercakap panjang mengenai isu ini, sebaliknya mahu menganalisa mengenai muslimin itu sendiri. Mengapa? Kerana saya sendiri termasuk dalam golongan itu. Mungkin kerana sudah terlalu lama tidak melihat biah (suasana) itu, mata saya sekan menjadi liar sedikit. Astaghfirullahazim, saya cuba untuk menjaga pandangan, tapi mungkin nafsu amarah itu juga sedang bermujahadah untuk menyesatkan saya.
      Berbalik kepada situasi di atas,saya teringat sebuah buku yang baru dibeli awal bulan ini, karya Salim A Fillah mengenai sikap para ikhwah yang berada di jalan dakwah.

Bila melihat pada muslimat yang tidak menutup aurat atau berpakaian mencolok mata, ikhwah pasti akan mengalihkan pandangannya ke tempat lain secepat yang mungkin. Tapi bila kelihatan seorang akhwat yang berjilbab, nafsu untuk melihat itu membuak-buak. Sebuah kritikan yang pedas, tapi membina. (Petikan karya Salim A Fillah... IBSP)
      
       Kenapa saya membangkitkan mengenai persoalan ini? Jawapannya terletak pada diri setiap muslimin itu sendiri.

katakanlah kepada lelaki yang beriman agar mereka menjaga pandanganya, dan memelihara kemaluannya yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah maha mengetahui apa yang mereka perbuat. (An-Nur: 30)
    
        Selepas bertadbbur mengenai ayat ini tidak lama dahulu, saya menyedari ayat seterusnya ialah mengenai kewajipan menutup aurat bagi wanita beriman. Nah, apa signifikannya? Bukankah Allah menyuruh kita kaum lelaki yang beriman agar menundukkan pandangan kita dan kemudian barulah Allah menyuruh wanita beriman menutup aurat dengan sempurna dan menjaga pandangan mereka.
       Bukankah zalim bagi kaum lelaki melihat wanita yang cuba menutup aurat dengan sempurna dengan pandangan yang sedemikian rupa?. Padahal, mereka perlu menahan panas, ketidakselesaan semata-mata untuk membataskan pandangan kita terhadap mereka. Bila melihat wanita yang tidak segan-silu memaparkan auratnya, kita menjadi muak, menyampah, benci.. Tapi kita memperlakukan wanita-wanita yang beriman sebegini seolah-olah mereka menutup aurat untuk menarik perhatian kita, kaum lelaki.Berfikirlah sebentar!

Teruskan


         Ayyuhal ikhwah, mari kita bersama-sama berusaha hatta dengan bisikan hati sekalipun untuk menjaga pandangan kita. Salah satu pintu zina yang mudah dikuasai oleh Syaitan. Secantik manapun akhwat itu, seayu manapun wajahnya, ia bukan lesen untuk ditonton oleh kita sewenag-wenangnya..
         Biarlah kamu digelar kolot, ekstremis dan sombong sekalipun. Redha Allah itu jauh lebih tinggi darjatnya berbanding restu manusia yang mungkin mengundang murka Allah.. Bukankah Allah akan membantu orang yang mencari redha-Nya walaupun manusia lain mungkin marah pada kita. Tetapi amatlah malang sekali bila kita mencari keredhaan manusia dengan mengundang kemurkaan Allah kerana Allah akan membiarkan kita bersama redha manusia itu..Tetapi, adakah ini bermakna kita akan terus menjauhkan diri kita sejauh-jauhnya? Jawapannya mudah, ikhtilat itu dibenarkan dengan beberapa batasan.. Jagalah batasan kita. Tidak perlu ditanya bagaimana, perlu bercakap dengan muslimat itu atau tidak.. Kata nabi kita yang tercinta.. Mintalah fatwa dari hati kalian.
Kalau hati kamu kata buruk maka buruklah, kalau hati kamu kata baik maka baiklah...

.

nice pic from ilvislam.com (^^)




Konklusinya


Cukuplah sampai di sini, sudah terlalu banyak entry yang menulis mengenai ikhtilat. Penulis sendiri dalam proses untuk mengenali fitrah dirinya, sedang dalam usaha untuk mentarbiah dirinya, sedang cuba juga mengukuhkan jamaahnya..
Jazakumullah khair..

wa la ki wa lana insyaAllah hul jannah... :)

6 comments:

. said...

sangatlah bersetuju dengan post ini...

amir nazri said...

masyaAllah...satu tlisan yg amat tepat ngn keadaan smasa...^^

Anonymous said...

mantap2!!!
btul apa yg anta kata kan...kaum lelaki prlu mnjaga pndangan nye x kira la sama ade kaum hawa itu memakai pakaian yg mmbuka aurat mahupon yg menutup aurat walaupon mate sejuk memandang kaum hawa yg menutup aurat krn spt apa yg anta katakan, dngn melihat kaum hawa trsebut, nafsu mula menggelegak...tahniah2! penulisan kali ini snggh brmakna isi nya...mari la kite sama2 mnghayati penulisan ini dan mengamal kan nye...

haziqq said...

btul ape yg ko kate tuhh

ore-sama said...

ahsanta mumtaz.....

Anonymous said...

agree. dlm kes ni, kaum adam dn hawa prlu memainkn peranan msg2..ssgghnya, Allah tlh memerinth umt islam utk menutup aurat. so, kte hrs melaksanaknnya with no doubt. bg kaum hawa, btlkn niat, maybe certain girls ttp aurat adlh utk trk perhatian lelaki, kononnya lbh sopan, ayu, tp, ap pn, dy still dikira mnutup aurat. so, utk lbh baik lg, btlkn niat, insyaAllah lg elok. utk kaum adam, jg pndgn, n ingt, kamu dicipta utk memimpin,,n to be a leader, u must have the ability to lead urself first.nfsu perlu dikawal..
wallahualm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...