Corat-coret
Redhakanlah Allah itu sebagai Tuhanku, Islam itu sebagai jalan hidupku dan Muhammad saw itu sebagai teladan hidupku. Tidak pernah terbayang saya sudah berjaya mengharungi minggu yang sangat mencabar ini dengan sebuah tulisan atau tinta yang anda mungkin akan baca sebentar lagi. Berlalu sudah Exam Math, presentation English yang menimbulkan kerisauan yang amat mendalam. Masih lagi tertanya-tanya kenapa pensyarah tidak bertanyakan soalan. Tidak mengapalah, mungkin ada hikmah yang saya tidak temui lagi.Lagipun,rezeki dari Allah itu biasanya hadir dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.
Mampukah ku mengharunginya?
SubhanAllah, dalam kesibukan itu juga masih lagi diberi kesempatan untuk menghadirkan diri dalam program-program Tarbiyah. Tetapi, minggu ini sangat istimewa. Kenapa istimewa? Itu adalah kerana buat pertama kalinya saya menjejakkan langkah ini di bumi impian, bumi harapan, bumi usaha... MONASH UNIVERSITY SUNWAY CAMPUS. Di sinilah tempat yang menjadi impian saya, mungkin juga rakan-rakan yang lain, tempat di mana kami sanggup bersengkang mata menelaah pelajaran, membuat ulangkaji dan menghabiskan masa muda kami. Di saat saya mula-mula menjejakkan kaki di sini, cuma satu yang terlintas di hati saya.. "Ya Allah, aku berharap langkah ini bukanlah langkah terakhir aku di sini". Satu harapan yang sudah lama di simpan di dalam hati ini.
Tetapi, bolehkah Universiti ini menjadi medan tarbiyah yang menjadi impian kepada hati-hati dan jiwa-jiwa yang dahagakan nikmat iman, nikmat Islam yang inginkan kembali agar Islam itu berada di tempat yang sepatutnya. Setinggi-tinggi kemuliaan? Saya sudah hampir menemui jawapannya. Jawapan yang mungkin tidak akan dijawab dengan kata-kata, tetapi mampu dirasai dengan hati. InshaAllah.
Sebulan yang mendatang..
Exam....exam...exam.. Satu perkataan, yang boleh membawa seribu erti.. Bagi saya sendiri, perkataan ini boleh membuat hati yang tenang menjadi resah, muka yang ceria menjadi muram durja, langkah yang yakin menjadi lemah. Walau apa pun yang saya bicarakan, tarikh 20 Mei itu pasti dan InshaAllah akan tiba juga. Tiada guna mengira, mengukur dan menduga. Tarikh ini akan tetap berlaku mengikut apa yang telah ditulis di luh mahfuz.Cuma yang menjadi persoalan dan yang dipersoalkan, sudah bersediakah diri kita? Atau lebih tepat lagi, sudah bersediakah diri saya? Mungkin kita sudah banyak menelaah, membuat latihan, berdoa. Tetapi, mungkin kadang-kadang kita lupa untuk menjaga hubungan kita sesama manusia. Di kesempatan ini, dengan penuh rasa kerendahan hati, saya ingin meminta maaf kepada semua kawan-kawan yang mungkin ada yang terasa hati atau menyimpan perasaan marah pada saya. Setiap manusia itu memang mudah untuk melafazkan maaf, tetapi sukar untuk mengikhlaskan permohonan maafnya itu. Kerana itulah ulama pernah mengibaratkan ikhlas itu seperti seekor semut hitam yang berada pada batu hitam di malam yang gelap. Tidak kelihatan tetapi tidak sukar untuk dirasa oleh hati.
Percayalah
Layukallifullahunafsanillawusaha. Allah tidak akan membebankan manusia dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggungnya. Siapa kata kejayaan itu mustahil? Siapa kata kita tidak akan mampu untuk cemerlang? Allah telah melafazkan janji-Nya itu pada kalam-Nya yang kita sangat siqah (Percaya). Yang perlu untuk kita adalah percaya dan berusaha. Masih teringat singkatan ini. D.U.I.T (Doa, usaha, iman, Tawakal). InshaAllah kejayaan itu akan menjadi milik kita bersama.
p/s: Selamat berjaya kawan-kawan.. Bitaufikwannajah fil imtihan.. inshaAllah.

4 comments:
insyaAllah.. sama2 kita harungi liku2 ni:)
insyaALLAH,,,together we fight for it
haha, da lme ak x comment an..tp, ak slalu view ko nyer blog, cos bnyk bg pngajaran, inspiration sume..thnx=)
n FYI, ad gk a comment sbg anonymous..sgn nk comment open2 ni..lol
nice post, keep it up!
insyaAllah....
sma2 berjuang d medan ini...
bitaufik wannajah..
insyaAllah langkah itu bukan langkah terakhir.
dengan "DUIT" yg xputus2, pertolongan Allah itu sentiasa ada..dan Allah lah sebaik2 penolong..
HE always be there when we need him..because HE knows we always need HIM..
and dont forget..di mana ada manusia, di situlah medan tarbiyah kita..(^_^)
Post a Comment