Radhinabilla hirabba wabil Islam madina wabimuhammaniyauwarasula..
Dalam ketenangan di perpustakaan kolej saya pada pagi ini, alhamdulillah timbul keinginan untuk berkongsi sesuatu dengan antum semua.
Persoalan mengenai Ummah,
Ibrah pada sebuah kembara singkat...
Saat bingkisan ini ditulis sedang bergema jeritan, tempikan, sorakan kemanusiaan di seluruh dunia telah berkumandang. Kerana apa manusia-manusia ini bertempik menyatakan perasaan mereka? Ini adalah kerana kebiadapan, kesombongan, ketololan sebuah rejim yang menggelar diri mereka sebagai ZIONIS. Dengan angkuh dan sombong mereka mengacukan dan menembak insan-insan yang langsung tidak bersenjata atas alasan untuk melindungi diri mereka. Alasan yang memang terbaik dari sebuah bangsa paling pintar di dunia.
Tidak dapat dibayangkan apakah jenis ancaman dari insan-insan prihatin yang datang dari seluruh dunia ini bawa kepada negara haram 'ISRAEL'. Antara penumpang kapal mavi marvara itu ialah kanak-kanak berusia 1-2 tahun dan orang tua berusia lebih 80 tahun. Mungkin komando-komando pintar ini berfikiran bahawa kanak-kanak kecil itu akan dijadikan sebagai pengebom berani mati ke negara mereka. Mungkin... Hampir 19 Orang terbunuh dan puluhan yang lain masih ditahan oleh rejim ini!!
Ainaa antum ya muslimun??
Ainaa antum ya muslimun??
Ainaa antum ya muslimun??
Saya mahu membalas pertanyaan ini, terasa malu dengan diri sendiri...
"Mereka sudah syahid.. aku???"
Lantas, didorong roh ukhuwah yang masih tegar dalam diri ini, satu keputusan tergesa-gesa telah dibuat.
"Aku mesti...aku mesti".. berbisik pada diri saya sendiri.
makanya...
> Perhimpunan aman ke Kedutaan Amerika Syarikat.
Terdengar laungan yang cukup menaikkan semangat...
Khaibar khaibar ya yahud, jaisyu muhammad saufa ya'ud!!
birruh biqdam....!! Allahuakbar
Semangat itu semakin bertambah dengan laungan takbir yang bergema di sepanjang-panjang jalan...
Kedengaran pengguna-pengguna jalanraya membunyikan hon kenderaan mereka sebagai tanda sokongan.
Allahuakbar... rasa terharu pada masa itu..
Perhimpunan ini berakhir pada pukul 12 tengahari.. Terik mentari pada saat itu langsung tidak melunturkan semangat kami.Ada apa pada panas mentari jika hendak dibandingkan dengan penderitaan umat Islam di Gaza?. Seluruh dunia bertanggungjawab di atas kezaliman ini.SEDARLAH!
Sedutan ucapan ustaz wan subky (penulis turut berada di situ)
http://www.youtube.com/watch?v=KE8LnNcUmgY&feature=player_embedded
Kembara ini diteruskan..
Impian ini telah disimpan sejak kecil lagi.. Akhirnya tarikh 1 Jun 2010 menjadi jawapan kepada sebuah penantian panjang, impian seorang anak muda..
akhirnya... =)
Pertama kali saya menjejak kaki ke sini..
Petronas Twin Towers @ KLCC yang menjadi mercu tanda Malaysia sejak sekian lama sudah berada di hadapan mata. Jika sebelum ini saya hanya mampu melihat di surat khabar, televisyen, dan hanya memandang dari jauh sahaja. Perkataan pertama yang terlintas dalam benak fikiran saya.
"Tingginya!!"
Jika tidak kerana berpindah ke Seremban dulu, mungkin saya sudah menjadi pelajar dalam bidang architecture. Tetapi tidak ada perkara yang lebih baik dari perancangan Allah. Hikmah yang kita selalu tidak nampak ..
Antara tujuan utama ke sini ialah untuk ke Kinokuyina, sebuah kedai buku yang agak terkenal..
Tetapi apakan daya, kedai itu tidak beroperasi pada hari itu. Mungkin bukan rezeki saya.
Perjalanan ini diteruskan sambil meninjau-ninjau harga makanan di sana..
"waa, mahalnya!! standard KLCC betul.. huh~" keluh seorang pelajar kampung...
Tetapi setelah melihat ramai orang sebangsa saya makan di 'kedai mahal' itu, sebuah persepsi sempit ala-ala kekampungan timbul.
"masih ramai rupanya orang kaya kat Malaysia nie"...
Tiba-tiba ternampak sebuah gerai yang memang diketahui menyumbang keuntungan mereka kepada Zionis laknatullah yang saya sibuk-sibuk tempikkan pagi tadi. Kelihatan ramai wanita-wanita bertudung litup menikmati hidangan di sana..Saya hanya mampu berkata kepada diri sendiri,
Mereka perlu jawab kepada nyawa setiap rakyat Palesin yang melayang akibat kezaliman Zionis di akhirat kelak!
Itu jugalah kata-kata ayah sering lontarkan kepada saya.
Destinasi terakhir
-Central Market..
Pelbagai hasil seni, kraftangan yang dijual disini.. Oleh kerana tiada dana yang mencukupi untuk membeli, maka saya hanya menjadi pewindow shopping yang berjaya.
Jazaka~jazakka~jazakkAllahkhuair.
Terima kasih kepada semua. Kalau hendak diucapkan terima kasih sampai bila entah hendak habis. Kepada sahabat-sahabat, kawan-kawan di Sunway College, rakan sekerja di Suci society. Terima kasih.! Moga terus thabat pada jalan ini walau di mana pun kita berada.. wassalam~

1 comment:
bkn nk show off ke ap,, tp kn,klcc?? i've been there several times n i went there fr the 1st time was,,i think when i was in stndrd 1,,hoho0,,n guess what,,xde pape pn yg ak bli everytime ak g sne,,siyes brg2 kt sne mhl,,,well, ni pn kte2 dr sorg bdk dr kg~
same2 doakn kejayaan umt islam dunia akhirat,,,
i.Allah
Post a Comment