Jul 24, 2010

Langkah Bermula






“Ya Allah, Ya Tuhan kami, sesungguhnya amanah ini terlalu berat untuk kami selaku pejuang di jalanMu, terlalu kerdil diri ini untuk memikul beban yang terpikul di bahu kami, namun seandainya kami meninggalkan tugas ini, nescaya akan menghancurkan harapan pewaris silam, Ya Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa, kudrat lemah yang Engkau pinjamkan buat sementara waktu ini akan kami manfaatkan untuk ketinggian addinMu, kami akan berusaha untuk mendidik nafsu, agar keringat yang mengalir adalah keranaMu semata, kekalkanlah semangat ini sepanjang hayat kami, agar kami tidak tergolong di kalangan almutasaqitun ‘ala tariqud dakwah.. Amin Ya Rabbal ‘alamin….

*Video ringkas ini merupakan sebahagian daripada movie ' Sang Murabbi'.. sebuah cerita yang cukup memberi semangat terutama pada kader-kader dakwah untuk meneruskan apa yang mereka yakin dan percaya..selamat menonton dan menghayati.. (Boleh dapatkan salinan cerita dari penulis)





Langkah ini telah bermula..

Allah adalah tujuan kami,
Rasulullah adalah teladan hidup kami,
al-Quran pedoman hidup kami,
jihad adalah jalan juang kami,
mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi!

Saya sendiri kurang pasti tujuan sebenar entry saya kali ini.. Walaupun saya tidak mampu menulis dengan baik kali ini, dan juga sebelum-sebelum ini, percayalah saya sedang dalam proses menulis insan.. Seorang insan yang sering alpa tentang hakikat kebenaran..yang masih mencari-cari tujuan sebenar ia diciptakan.. kerana.. Insan itu adalah diri saya sendiri..
Saya mengharapkan doa kalian.. agar insan alpa ini mampu menulis kebenaran pada orang lain pula..
Yang Pasti sebuah pertanyaan yang pernah ditanyakan kepada saya dahulu akan saya ingati sampai bila-bila..
" Anta taknak rasa ke suasana yang anta rasa masa pergi program dulu kat kolej anta?"
InsyaAllah..walaupun bukan sekarang, bukan hari ini..bukan esok, bukan lusa.. tapi saya akan berusaha ke arah itu..dan tidak akan pernah berhenti..



wassalam- Kerana insan itu masih mengharapkan hidayah dari Khalik-nya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...