Oct 4, 2010

Berubah





Segala nya telah berubah...


Pagi tadi adik perempuan saya menelefon saya semata-mata untuk meminta saya mendoakan kejayaanya.. dimudahkan menjawab peperiksaan.. Mendapat ilham yang mencurah-curah..


Saya mengiyakan permintaanya.. sempat juga memberi pesanan terakhir, kata-kata semangat kepadanya.. dan menawarkan ganjaran lumayan kepadanya jika berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.. Biarlah dia bersemangat sikit untuk menghadapi ujian kecil ini..





                          




Kenapa berubah? 
Dia mampu untuk menelefon abangnya yang berada jauh di ibu kota sebelum menghadapi peperiksaan.. Dan, pada masa itu saya masih belum mempunyai telefon bimbit.. masih tinggal dekat dengan umi, ayah.. masih mengayuh basikal untuk ke sekolah (sebab pernah di saman Polis kerana tak memakai helmet)..
Segala-galanya masih indah ketika itu.. Kawan-kawan seperjuangan pada waktu itu juga entah ke mana....


p/s: Rindu kawan-kawan lama.. masa main futsal, masa lepak warung kat depan sekolah tu.. masa lepak kat bawah pokok di tempat letak kereta cikgu dulu.. rindunya...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...