Nov 15, 2010

Tentang Exam

Alhamdulillah, sul malham dulillah..
Exam yang saya kira teramatlah panjangnya kali ini. Berakhir juga.. Hari ini...

  • Introduction to Statistical Reasoning 1022
  • Biology 1011
  • Chemistry 1011
  • Environment 1800


Sebenarnya pelbagai suka-duka, pengalaman dan cerita dan yang ingin saya kongsikan. Banyak perkara yang ingi saya ulas untuk setiap paper yang saya hadapi.Tetapi, kerana kurangnya kerajinan untuk menulis, maka saya boleh simpulkan dengan sebuah ayat yang bermain di fikiran saya..

"Kita rasa exam kali ini susah... Ada yang akan rasa sedih kerana tidak yakin dengan pencapaian masing-masing. Tapi, ujian itu tetap akan datang pada kita.. Tidak kiralah dalam keadaan formal yang jawapannya harus A,B,C,D dan dalam keadaan tidak formal seperti hilangnya benda yang paling kita sayangi.. Yang menjadi persoalan, berapa banyak yang kita ambil pengajaran? Mahukah kita memberi reaksi yang sama setiap kali selepas ujian? 'frust', sedih, kecewa..menyesal?

Tentang kau lagi?

Ada sahabat yang mempersoalkan mengapa ramai sangat yang tulis blog pasal diri sendiri.. Yang cerita hari ini apa yang mereka lakukan, hadiah apa yang mereka dapat..cerita-cerita pasal perasaan, 'jiwang', 'cintan-cintun'.. Bukankah itu sama macam sampah! (Pinjam kata-kata seorang teman).. Datang tak bermanfaat, pergi pun tiada kesan..
Bila mereka-mereka yang menulis sampah ni nak tulis pasal Islam pula.. Bila nak sibukkan diri dengan Islam pula?
Saya terdiam... Tidak mampu berkata apa-apa...

Cuti
Datang lagi... saya sendiri masih berkira-kira aktiviti apa yang patut dibuat sepanjang hampir 3 bulan setengah cuti yang sangat panjang ini.. Macam-macam yang bermain di fikiran.. Apa-apa pun banyak perkara yang perlu diselesaikan, banyak isu yang perlu di fahami dan menimbun senarai buku yang perlu dihabiskan. Walau apa pun yang berlaku, impian untuk menulis sebuah buku itu masih kuat di hati.. Saya mengharapkan doa kalian semua.. Dan insyaAllah, keluarga saya mungkin akan menyambut kehadiran orang baru hidup kami... 
 Tidak lama lagi...Minta doa semua.

p/s: Lepas ni nak tulis pasal cerita biskut chipsmore pula..
 

2 comments:

Ahd Azman said...

oh. like post ini.

Anonymous said...

=) thnx for inspired me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...