Feb 28, 2011

Hari Pertama






-Aku berlari ke kelas kerana lewat, mereka berlari kerana itu sahaja pilihan mereka-




Hari pertama..
Dia hadir dengan semangat yang baru..
Dia hadir dengan harapan yang baru..
Dan dia membawa mimpi yang baru..
Terukir senyuman harapan di wajahnya..
Katanya.. "Aku impikan masa mendatang yang lebih baik"



Umar al-Khattab..
Hari pertama.. 
ketika hidayah menusuk ke jiwanya..
Dia berlari ke kaabah sambil menghunus pedang..
Katanya.. "Hari ini aku seorang muslim"
Dan dia tidak bermimpi-mimpi lagi saat itu..




                                                                     ++++



  • Sudah terlalu banyak bermimpi. Aku ingin menjadi seperti Umar. Dia tidak bermimpi-mimpi. Dia menghunus pedangnya!

  • Perginya seorang hero, pejuang. Allahyarham Necmettin Erbakan (27/2/2011). Dia juga tidak bermimpi-mimpi di kerusi empuk pemerintahan. Dia bangun dan memerangi racun sekularisme hatta nyawanya menjadi taruhan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...