Saya telah mempelajari sejarah khalifah-khalifah dari zaman khulafa ar-Rasyidin sehinggalah Turki Uthmaniyah sejak di bangku sekolah rendah lagi.
Tetapi, amat malang dan menyesalkan sekali saya tidak merasakan apa-apa ketika itu melainkan kepentingan untuk menghafal fakta-fakta yang akan ditanya ketika peperiksaan nanti. Setakat itu sahaja.
Setakat itu...
Tidak pernah merasakan bahawa khalifah yang terakhir ini sangat hebat... Malah tidak tahu pun khalifah ini telah menguasai kebanyakan tanah di Timur dan Barat dunia. Tidak pernah..
Tidak tahu pun dahulu Khatib-khatib di kampung-kampung yang sekarang orang kenali sebagai Malaysia mendoakan khalifah yang jauhnya beribu-ribu batu (lebih mudah kilometer) dari mereka.. Mungkin Mereka tidak pernah lihat wajahnya, jauh sekali dapat mencium baunya..Saya tidak tahu.
Tidak langsung menyedari bahawa peristiwa hitam 3 Mac 1924 memberi kesan yang sangat besar kepada saya, ibu bapa saya, adik-beradik saya, Mbah dan nenek saya, Tok Mat dan Tok Nab saya.. Malah seluruh insan yang saya kenal dari pagi saya dilahirkan sampai petang hari ini. Ya, saya tidak sedar..
- Empayar Turki Uthmaniyah pada tahun 1900 M (termasuk kerajaan yang bernaung dibawahnya)-
" Dan (ada lagi) Kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada Orang-orang Mukmin"
(as-Saff: 13)
p/s: Allah kata kemenangan itu dekat sahaja dari orang-orang beriman..
No comments:
Post a Comment