-Semasa di Tingkatan 4, di Kem Rebutia Gombak-
Semua sedang berlagak seperti orang asli yang baru jumpa kamera.
Di kem inilah semangat batch kami dibentuk.
-Kejohanan ragbi antara kelas-
Kelas kami dapat antara kelas paling corot, tetapi ini antara kenangan yang paling tidak dapat dilupakan di sini.
-Solat atas sungai- Best! \(^^)/
-Hari-hari terakhir sebagai ahli rumah Jebat-
~ JEBAT HEBAT! ~
- Dewan yang menyaksikan suka dan duka kami ketika SPM-
Sekarang sudah berpenghawa dingin. Teringat dahulu ketika masih menggunakan kipas, punyalah tidak selesa nak jawab soalan periksa. Mungkin itu antara motivasi kami untuk cemerlang.
-Bersama Fitri Saffian-
Sekarang sedang berjuang di Alexandaria University dalam bidang perubatan. Sukar dicari ganti. Karakternya unik, hanya satu yang saya temui. Ketua kelas yang berdedikasi, komited. Dan saya belajar banyak darinya..
-Semasa pengambaraan untuk majalah tahunan sekolah 2008-
Masa inilah time untuk meminjam. Kemeja lah, tali leher lah.. Kalau nak lagi lengkap, stokin pun nak pinjam.
Masa ini jugalah kami akan berpenampilan paling kemas, 'smart' dan maskulin. Tidak kelihatan rambut tidak berminyak, baju tidak bergosok dan seluar 'slack' yang lusuh.Ini hakikat kalau kita berada di sekolah yang pelajarnya semua lelaki.
-SPM hanya tinggal satu digit sahaja lagi harinya-
Melaram dengan baju kelas yang 'tidak sah' jika mengikut HEM (Hal Ehwal Murid) kami.
" Peduli apa aku! nanti sebelum SPm jumpa dia minta maaf la" ujar rakan sekelas saya.
Malam itu juga projek Seekers 'hantu' kami membuahkan hasil yang berbaloi. Anak muda, semua hendak cuba.
++++
Inilah sedikit coretan perjalanan hampir dua tahun di sini. Saya telah belajar terlalu banyak perkara di sini dari perginya kereta ayah meninggalkan saya di perkarangan sekolah sehinggalah saya meninggalkan pintu pagar sekolah buat pertama kalinya tanpa berbaju outing.
Selepas ini, sekolah keramat ini, sekolah yang bertuah ini, sekolah yang menyaksikan penat jerih guru-guru di sini, kegigihan, tangisan pelajar di sini tidak akan sama lagi seperti dahulu.
Tiada lagi istilah SASER yang menjadi buah mulut dalam kalangan guru-guru di Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Tiada lagi panggilan.
Guru-guru Saser
Putra-putra Saser..
Tiada lagi.....
Sekolah Menengah Sains Seremban
Sekolah yang berwawasan
Berbakti penuh cekal
Harapan nusa bangsa
Bersemangat waja berpadu tenaga
Ilmu dituntut sepanjang masa
Tingkatkan iman dan takwa
Membentuk generasi mulia
Semua pengorbanan dihargai
Semua usaha dicontohi
Pemangkin kemajuan masa hadapan
Memartabatkan Sains Seremban
Memartabatkan Sains Seremban
Kamilah Putera Harapan
(lagu sekolah 2002-2010)
No comments:
Post a Comment