Sep 14, 2011

Fa lai sa min hum



" Man asbaha wa lam yahtama bi amril muslimina falaisaminhum"
Barangsiapa yang bangun pada waktu pagi, kemudian tidak memikirkan urusan kaum muslimin, maka mereka bukan di kalangan mereka. 
                                                                                                                               (maksud hadith)  


Sebagai tanda keprihatinan terhadap kesusahan dan penderitaan yang dialami oleh saudara-saudara kita di Somalia yang kini berdepan krisis kemarau yang teruk, Yayasan Ikhlas ISMA telah melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Somalia bagi meringankan ujian yang menimpa mereka.
Sehubungan dengan itu, segala sumbangan kewangan daripada para dermawan bolehlah disalurkan ke akaun Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia, 562218201823 (Maybank). Sila maklumkan setiap sumbangan kepada Pengerusi Biro Tugas-Tugas Khas ISMA, Ustaz Wan Hisham Wan Embong di talian 013-3334746 atau email abuzakwan09@gmail.com.
Ayuh, rebutlah peluang ini untuk menghulurkan sumbangan ikhlas anda!

Maklumat lanjut di sini.

"Malulah kalian, Orang Palestin pun menderma ke Somalia !"- Akh Muzir.

Mufti Saudi Arabia menitiskan air mata apabila menjawab pertanyaan seorang rakyat Somalia.
"Adakah Sah puasa kami tanpa sahur dan tanpa berbuka?"- Tengku Shahrom.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...