Manusia
ini. kitalah.
Suka
untuk mendapat penilaian manusia.
“
Apa yang kamu rasa pasal saya? Handsome
tak?”
“Tadi
kau rasa aku main bola tadi perform
tak?”
“Kau
rasa Ok tak talk yang aku bagi tadi?”
Tetapi.
Berapa ramai dari kalangan kita yang menilai segala-galanya dari neraca Allah? Yang
menilai amalnya, ibadahnya, gerak kerjanya, seluruh kehidupannya dari pandangan
Allah? Yang pada hatinya, jiwanya mahukan redha Allah. Biarlah satu dunia
menentangnya, asal Allah terus menjadi peneman.
“Biarlah
aku kurang handsome. Tapi Alhamdulillah orang lain senang dengan aku. ”
“Tak
pe lah aku bukan reti sangat main bola. Alhamdulillah dapat juga tajmi’ 1-2 orang mad’u tadi”
“Alhamdulillah
la walaupun talk aku sederhana je tapi point-point penting pasal syabab tadi
dapat aku tekankan tadi”.
“Aku
lebih terujakan redha Allah berbanding kekaguman manusia terhadap aku”
As-Syahid
Hassan al-Banna dalam proses membina manusia tidak hanya menumpukan kepada
usaha membina dan menonjolkan kepopularitiannya semata-mata. Nilai bagaimana
dia membina manusia-manusia hebat di sekelilingnya dengan berteraskan wahyu.
Dia menjadikan manusia-manusia itu kagum dengan Islam, dengan pengajaran Sirah,
bukan hanya kagum akan kecerdasan fikirannya atau semangat juangnya untuk
Islam. Kerana itu apabila ia Syahid, manusia-manusia yang dibinanya dahulu
bangkit meneruskan perjuangan dakwah yang mereka imani itu walaupun tanpa sosok
hebat seorang yang bernama Hassan al-Banna di belakang mereka.
"Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling,
Kerana Telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin
membersihkan dirinya (dari dosa), Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu
pengajaran itu memberi manfaat kepadanya? Adapun
orang yang merasa dirinya serba cukup. Maka kamu
melayaninya. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan
diri (beriman).Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk
mendapatkan pengajaran), Sedang ia
takut kepada (Allah). Maka kamu
mengabaikannya."
(Al-Abasa: 1-10)
Dalam
ayat ini secara jelas Allah Azza Wajalla menegur Rasulullah SAW yang telah
berpaling dan bermasam muka kepada Abdullah ibnu Ummi Maktum. Sedangkan
Abdullah ibnu ummi Maktum itu seorang buta. Tidak nampak pun reaksi kurang
senang Rasulullah itu. Peristiwa ini berlaku ketika Baginda SAW sedang
berdakwah kepada pembesar-pembesar Quraisy. Dari segi strategi dakwah,
pembesar-pembesar Qurasiy merupakan individu-individu berpengaruh yang jika
mampu ditarik ke dalam hidayah Islam, maka dakwah Islam akan bertambah kukuh.
Ada apa sangat dengan Abdullah ibnu Ummi Maktum? Seorang buta, miskin dan tidak
berkedudukan tinggi dalam masyarakat. Pada neraca (pertimbangan) Rasulullah,
pembesar Quraisy harus diutamakan berbanding Abdullah ibnu Ummi Maktum.
Tapi neraca Allah berlainan. Dan lihat neraca mana yang menang? Neraca dari langit yang datang dari Khalik’ atau neraca manusia yang merupakan ciptaan Khalik’ itu?
Seolah-olah Allah mahu berbicara dengan kita seperti ini:
Tapi neraca Allah berlainan. Dan lihat neraca mana yang menang? Neraca dari langit yang datang dari Khalik’ atau neraca manusia yang merupakan ciptaan Khalik’ itu?
Seolah-olah Allah mahu berbicara dengan kita seperti ini:
"Kamu mempunyai neraca (penilaian) kamu. Aku juga punyai neraca aku. Maka neraca aku lah yang betul."
Ubah
paradigma kita.
Orang
Putih kata. Shift your paradigm.

No comments:
Post a Comment