Oct 1, 2011

KKMM



Keluarga merupakan unit asas yang membentuk masyarakat dalam sesebuah negara. Seandainya keluarga itu pincang, masyarakat terbentuk juga akan terkena badai kepincangan tersebut. Sebaliknya jika sesebuah keluarga itu sempurna, binaan masyarakat yang akan lahir juga akan lebih teguh seterusnya membentuk masyarakat yang sejahtera. Masalah keruntuhan moral dan gejala sosial seperti mat rempit, pembuangan bayi, penagihan dadah dan lain-lain terutamanya dikalangan Melayu Muslim begitu ketara sejak kebelakangan ini
Gejala buang bayi adalah bukti yang paling nyata bahawa masyarakat kita sedang dilanda  masalah keruntuhan moral yang serius. Merujuk kepada Perangkaan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman merekodkan 580 kes buang bayi dari 2000 hingga 2007, dengan Selangor dan Johor mencatat kes paling tinggi. Statistik ini menunjukkan betapa perlunya masyarakat Melayu khususnya, diberi kesedaran bahawa peranan sesebuah institusi keluarga amat penting dalam usaha menangani semua permasalahan gejala sosial dalam masyarakat.
Keruntuhan institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat. Akhlak yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia.
ISMA meyakini bahawa institusi keluarga perlu memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk peribadi dan jatidiri setiap individu yang menganggotainya. Merujuk kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud;”Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim), menunjukkan betapa pentingnya peranan yang perlu dimainkan oleh ibubapa dalam membentuk individu yang akhirnya berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Sehubungan dengan inilah maka ISMA mengambil inisiatif untuk menganjurkan sebuah konvensyen keluarga khusus untuk kaum Melayu Muslim di Malaysia. Harapan ISMA konvensyen ini dapat memberi nilai tambah kepada usaha-usaha samada kerajaan dan badan bukan kerajaan yang sedang giat berusaha untuk mempertingkatkan kualiti rakyat menerusi pembaikan institusi keluarga. Seterusnya daripada konvensyen ini juga diharapkan sedikit sebanyak membantu usaha kerajaan ke arah mewujudkan sebuah Dasar Keluarga Negara yang mana usaha itu telah mula disuarakan oleh YB Dato’ Seri Sharizat Abdul Jalil sebagai menteri pembangunan Wanita sejak tahun 2005 lagi. ISMA amat berharap melalui sumbangan yang sedikit ini dapat berganding bahu ke arah meletakkan persektf sebenar keluarga Melayu Muslim ke arus perdana dan seterusnya mampu menggerakkan pembangunan sosial seiring dengan pembangunan ekonomi dan bidang-bidang yang lain.

Maklumat lanjut disini:

4 comments:

. said...

nak tanya, memang dah konform 23 oct tak akan tukar2 lagi?

Fahmi Bahrudin said...

ya, insyaAllah jika tiada apa-apa halangan.

. said...

btw, maybe susunan widget dalam blog ni kena susun semula. agak lambat utk load.
sekadar cadangan.

Fahmi Bahrudin said...

oh..ok, jazakallah atas cadangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...