Mar 1, 2012

Saya dan T.A.A.




وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَآ إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَـلِحاً وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ الْمُسْلِمِينَ


Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, 'Sesugguhnya aku adalah daripada kalangan orang Muslim (yang berserah diri)?” 


[Fussilat : 33]

Demi Allah, sesungguhnya satu orang yang diberikan petunjuk (oleh Allah) melalui perantaraanmu (pendakwah), maka itu lebih baik daripada unta merah

 (HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan al-Nasa’i).


Menghayati dan memahami kedua dalil diatas dan banyak lagi dalil seumpamanya akan menjadikan kita sangat teruja. terbuai-buai, malah sangat bersemangat. Lihat saja ayat ke 50 dari surah zaariyat dan surah al-maidah. Oleh itu, tidak hairanlah ramai yang menyahut seruan ini, memahatkan dalam hati-hati mereka untuk melakukan apa yang dipanggil sebagai dakwah.


                                             


Dakwah adalah seruan. Dakwah adalah vaksin untuk menentang virus thagut, mungkar, syirik, kufur dan pelbagai lagi penyakit lain. Kerana itu pendakwah juga dikenali sebagai doktor. Kerana mereka merawat hati.


Itu tentang dakwah. Tentang seruan.


Kemana seruan kita?


                                            

Kita sering membicarakan dalam segenap aspek kepentingan dan kelebihan untuk taat pada perintah Allah. Ini termasuklah hikmah menunaikan solat berjemaah, membaca al-Quran, membudayakan amalan-amalan sunnah sehinggalah kepada aspek kepentingan memilih jodoh yang terbaik (ehem..).

Kita akan memilih pelbagai medium yang terpapar di hadapan kita. Termasuklah yang terpapar bila ditekan oleh tarian jari-jemari.  Facebook, twitter, blog, website, malah mungkin surat-surat yang kita titipkan dalam beg kawan sebelah kita.

Ini fitrah. Kerana manusia Allah swt cipta dengan sifat yang kita kenali sebagai kreatif. Oleh kerana itulah kita sering terlihat, membaca dan tersenyum-senyum melihat tulisan dan karya kreatif sahabat-sahabat kita yang bersungguh-sungguh memanifestasikan suruhan Allah swt ini.


Tidak hairanlah sampai ada yang menginstibatkan atau mengeluarkan 1001 pengajaran hatta dalam permainan video yang menjadi kegilaan hampir di seluruh dunia.

Tidakkah ini membuktikan pendakwah juga hebat? Kreatif?

Tetapi….

Sampai di mana seruan kita itu meninggalkan kesan?

Sampai manakah penulisan kita mengenai isu cinta, couple, zina, rogol, buang anak memberikan 1001 ibrah (pengajaran) kepada pembacanya jika tidak diiringi dengan ini:


T.A.R.B.I.Y.Y.A.H

Yang pernah dilakukan oleh Sang Murabbi agung SAW kepada sahabat-sahabat baginda di kediaman Arqam. Yang melahirkan insan-insan istimewa yang berhati singa Hamzah, al-Farouq Umar, Abu Bakr al-Siddiq dan ramai lagi insan-insan yang tidak terjangkau dalam benak pemikiran kita pada hari ini.

Tarbiyyah yang juga disebut pendidikan. Mendidik jiwa, pemikiran malahan fizikal untuk menjadi manusia yang memahami persoalan dia diciptakan oleh khalik-Nya.






Sehingga terbentuk manusia yang seperti ini:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut Allah, rasa takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka akan ayat-ayatNya nescaya iman mereka bertambah dan mereka bertawakkal kepada Tuhan mereka. Mereka mendirikan sembahyang dan membelanjakan daripada apa yang kami beri rezeki kepada mereka. Mereka itulah orang-orang beriman yang sebenar, untuk mereka beberapa darjat di sisi Tuhan mereka, serta keampunan dan rezeki yang mulia".
(Al-Anfal:2-4)


Sedarkah kita?

Segala usaha kita ini akan meninggalkan kesan yang tidak cukup besar. Saya bukanlah pandai. Tetapi hanya bertanya.

Artikel-artikel kita akan menjadi seperti berita yang orang baca dan kemudian lupakan dalam 2-3 hari kemudiannya?

Cerpen-cerpen kita akan menjadikan orang tersenyum tersipu-sipu tetapi lupa setelah seminggu dua berlalu.

Kita mungkin akan dikenali sebagai doktor cinta, ustaz facebook.

Sekadar itu sahajakah?

Apakah manusia-manusia yang mengenali kita dengan gelaran-gelaran tersebut akan menjadi hamba Allah yang lebih baik dengan membaca cerpen-cerpen BM kita?

Saya bukan memperlekeh. Jauh sekali mempersoal. Saya sendiri merasakan diri saya seorang yang lekeh dan banyak kurang dan tidak kacaknya. Tetapi, hanya meluahkan perasaan saya (Bukankah blog ini tempat mencurahkan perasaan?).

Saya optimis bahawa tulisan-tulisan kita, pengisian-pengisian, tazkirah-tazkirah kita akan dinilai oleh Allah SWT kelak. 
Dimana kita akan dipertanggungjawabkan atas segala-galanya. Maka bukankah apa yang kita buat ini akan berharga jika Allah SWT redha.


Saya juga selalu membuat perkara yang sama. Pernah menulis diari hidup untuk orang lain menilainya sebagai pengajaran. Pernah menulis isu cinta, ikhtilat yang mudah untuk orang lain suka. Malah pernah menulis cerpen cinta (tidak habis lagi sebenarnya) yang saya inspirasikan from the real experience.

Saya dapati kesannya tidak sama dengan sistem tarbiyyah yang tersusun.


Kita akan merasa pelik dan hairan apabila dibawah artikel cinta terpapar satu borang survey bertanyakan berapa banyak mukasurat  al-Quran yang telah kita baca dan berapa kali kita menundukkan pandangan kepada kawan yang berlainan jantina. Faham maksud saya?

Mungkin bagi saya medium seperti ini sangat berkesan untuk menarik orang supaya lebih memahami Islam. Tetapi, bukankah konsep heart-to-heart itu lebih berkesan?

Bukankah apa yang disebut sebagai dakwah fardhiyyah itu lebih memberi kesan kepada jiwa kita dan jiwa mereka?

Bukankah?

Bukankah medium seperti ini lebih sesuai untuk memberi kebaikan kepada orang di ‘sebelah sana’. Yang tidak mungkin kita datang duduk di sebelahnya dan berbual mesra sambil mengingatkan akan hikmahnya memahami Islam dengan mendalam. Faham siapa orang ‘sebelah sana’ ya?  Kemudian akan timbul isu ‘kipas-mengipas’, dilema pihak itu dan pihak ini.

Sebenarnya.

Apa yang saya cuba sampaikan ialah.

Jangan lupa memberi solusi yang saya ertikan sebagai tarbiyyah.

Jangan hanya menjadi penebar berita atau peng’share’ photo.

Kita mampu untuk menjadi lebih dari itu.

Yakin dan istiqamahlah.


3 comments:

Anonymous said...

salam.. font boleh besarkan tak? terimakasih

AkuBudakMelayu said...

Awak kacak la... Huhu

Fahmi Bahrudin said...

baca molek ye asyraf..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...