Nov 27, 2011

Memaknai Hijrah




                   


Selamat menyambut  awal muharram. Sedar tak sedar kita telah diberikan kesempatan untuk melangkah ke tahun baru ini dengan nikmat yang tidak terhitung-hitung lagi. Maka bersyukurlah.

"sesungguhnya jika (kamu) bersyukur pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu. Dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azab-Ku akan sangat pedih". 
(Ibrahim: 2)

Dalam kehidupan ini kita akan merasai pelbagai hijrah, yang seringkali kita fahami dengan perubahan dalam dua aspek yang berbeza iaitu fizikal dan rohani.

“Hijrah ini bukanlah sekadar signifikan penghijrahan nabi Muhammad Saw dan orang Islam dari Makkah ke Madinah. Tetapi ia juga mengenai hijrah atau perubahan sikap manusia dari jahat kepada baik dan kepada yang lebih baik”
(sekadar memetik ulasan tipikal tentang hijrah).

Manusia ditakdirkan untuk berubah. Ya, sama ada perubahan yang sangat ketara seperti perubahan pada fizikalnya pada sepuluh tahun akan datang atau perubahan sikapnya daripada kurang baik kepada yang lebih baik. Ada juga yang akan berubah dari baik kepada yang kurang baik. Itu fitrah kerana itu adalah sifat manusia.

Kerana itu jugalah seorang bayi yang comel, mudah tertawa, kecil badannya, masih belum mampu berjalan dan mudah didokong ke mana-mana akan berubah dalam masa sepuluh atau dua puluh tahun kemudiannya. Pada masa itu dia sudah tidak berapa kecil lagi fizikalnya, malah sudah boleh berlari, hendak diangkat pun mungkin sudah tidak mampu lagi. Itu namanya perubahan.




Seorang insan. Jika mungkin dahulu kata-kata yang keluar dari mulutnya sangat menyakitkan berubah menjadi bicara yang amat mententeramkan. Jika dahulu solatnya amat culas sekali tiba-tiba dilihat solat lebih awal dan kadang-kala lebih banyak dari kita. Itu namanya perubahan.



Tetapi, apakah makna di sebalik perubahan ini?
Adakah hanya sekadar berubah ?
Atau ada maknanya?
Atau tiada perubahan langsung?




IKHWAH

Seorang ikhwah, yang merasakan dirinya ikhwah, yang merasakan dirinya juga seorang daie dan merasakan yang sahabat serta orang-orang yang bersamanya berusaha menegakkan Islam dalam diri mereka, keluarga mereka, jiran-jiran mereka  juga akan turut merasai hijrah.

Ada yang berhijrah meninggalkan jahiliyah yang berakar umbi di dalam hati. Ada yang menitiskan air mata membakar surat-surat cinta seseorang yang pernah dipujanya dahulu. Ada yang memadam lagu-lagu atau movie-movie simpanan yang dikhuatiri menjauhkan dirinya dari Allah. Ada yang terkial-kial membiasakan dirinya dengan bicara yang memberi makna, bukan sekadar picisan kosong. Ini hijrah.

Ada yang terketar-ketar menuturkan tazkirah di hadapan 2-3 malah puluhan orang. Ada yang memaksa diri membaca buku-buku fikrah yang amat tidak disukainya dahulu semata-mata mahu menambah kefahaman dan menyebarkannya kepada orang lain. Ini juga hijrah.

Dalam mengharungi hijrah ini, mereka memerlukan kepada pengorbanan. Hijrah tidak dapat tidak mesti berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan pengorbanan. Jika tidak, sudah tentu Allah mentakdirkan hijrah Rasulullah saw dan para sahabat ke Madinah itu dengan lebih mudah. Tidak perlu berpanas-panas mengharungi terik matahari. Tidak perlu keluar senyap-senyap dari rumah sendiri, meninggalkan keluarga tercinta, harta benda serta kampung tanah tumpah darah mereka. Tanpa pengorbanan hijrah tidak bermakna.   

Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi initempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(An Nisaa': 100)

Berapa ramai dari kita yang memahami?


Saya juga hijrah

Saya juga pernah berhijrah. Dari mengurangkan banyaknya karat-karat jahilliyah yang kukuh bertapak dan bersarang dan masih lagi berusaha untuk berhijrah. Takut pengorbanan yang sedikit ini, beban risalah yang dibawa ini akan tidak bermakna. Sia-sia sahaja.

Kerana itu saya mahu memaknai hijrah ini dengan perubahan. Hijrah menuntut perubahan. Saya telah memilih untuk memikul beban risalah, tetapi bagaimana dengan orang lain?

Ditegur dan diperingatkan berkali-kali untuk berhenti menjadi ikhwah program tetapi dituntut untuk menjadi ikhwah. Bukan hanya sekadar pergi Usrah balik usrah, pergi daurah balik daurah, pergi mukhayyam, penat kemudian balik semula. Ini seolah-olah saya memprogramkan diri untuk mengulang-ulang perkara yang sama setiap hari. Maka, apa bezanya?  




Menuturkan bicara di khalyak bukanlah sifat saya. Kalau di kelas, saya lebih suka untuk duduk di belakang, tersorok dari pandangan guru-guru. Biar tidak di soal oleh mereka. Takut sangat jika terpaksa berdiri dan dilihat oleh puluhan mata. Seringkali jika bermua’yasah atau berbicara di khalyak saya menceritakan ketakutan dan fobia saya kepada mikrofon dan speaker.Tetapi risalah ini menuntut kepada penyampaian, peringatan. Maka saya memilih untuk hijrah. Dan saya masih dalam proses hijrah. Doakan. 






[Fahmi]: InsyaAllah akan berhijrah. Kembali ke kampung halaman, mengutip kembali mutiara-mutiara tarbiyyah di sana. Mahu mencetak rijal-rijal. Untuk memaknai hijrah. Doakan.



2 comments:

AkuBudakMelayu said...

Mantap boh~ erm.. tapi ada ke orang menangis bakar surat cinta? hah ? makan asap ada la.. ahha

Fahmi Bahrudin said...

kena asap mesti lah berair mata tu boh.. tambah2 lagi dengan hati luka. makin laju la mengalir :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...