Nov 10, 2011

Memilih Untuk Ghuraba'- Part 5




As-Syahid Imam Hassan al-Banna (1906-1949)


Jika nasionalisme yang dimaksudkan oleh mereka yang berbangga dengan semangat nasionalisme ialah generasi mutakhir perlu menurut jejak generasi silam dalam membina hidup gemilang, dihormati, cemerlang, berkeyakinan tinggi dan menjadikan mereka sebagai contoh yang baik; Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah kegemilangan seorang bapa menjadi kebangaan seorang anak lantaran itu menjadi pembakar semangat dan perangsang. Jika ini yang dimaksudkan, ia adalah tujuan yang baik. Kami sokong dan kami galakkan. Bukankah usaha kita membangkitkan hemah generasi masakini bertujuan supaya mereka mencontohi kehebatan generasi silam.


Rasulullah SAW ada menyentuh aspek ini:

" Manusia itu seperti logam, orang yang terbaik di zaman jahilliyah adalah orang terbaik di zaman Islam, jika mereka memahami."

(mutaffaqun alaih)




.. Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah keluarga dan ummah adalah yang paling utama untuk menerima layanan baik dan orang yang paling utama dilimpahkan segala sumbangan dan jihad, maksud ini adalah benar. Siapakah yang tidak merasakan bahawa orang yang paling utama untuk menerima sumbangannya ialah bangsa sendiri yang telah membesarkannya..




Rujukan:

Majmu'an Rasail al-Imam as-syahid Hassan al-Banna, Dakwatuna, Pustaka Salam.                                                        
                                                                                 




                                                                            +++



[Fahmi]: Bantu saya tafsir ini. Saya lebih suka jika ikhwah yang menafsirkannya.



3 comments:

Anonymous said...

Salam. Nasionalisme tu apa, mcm mana? Dah lupa pelajaran sejarah.

Fahmi Bahrudin said...

w'slam..

nasionalisme yang diajar pada matapelajaran sejarah membawa erti

"semangat cinta akan bangsa"

yang kita dapat lihat dikaitkan dengan perjuangan menentang penjajah. cth: sukarno, jose rizal.

Anonymous said...

akhawat tak maw ke?

gurau2.

bukan mudah untuk menafsirkan sesuatu. rujuklah ustaz yang haraki. mudah untuk kita faham dgn suasana tarbiyah dan tahap kefahaman kita senagai ikhwah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...