Nov 9, 2011

Siapalah saya



"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara . Kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat ." 


(Al-Hujurat : 10 )



Rasulullah kata kita ini batu-bata


 Lagu Cinta yang didasari oleh nafsu dan 'cinta tidak halal' tidak akan menjadi lagu Islami yang membina dengan hanya diselitkan kalimah 'InsyaAllah' di bait-bait liriknya.

Begitu juga dengan kata-kata yang diluahkan berpandukan emosi dan nafsu tidak akan bermanfaat untuk agama ini dengan hanya memberikan identiti 'Ikhwah' kepada pembicaranya. 



Lupakah kita?

Bahawa kita ini bersaudara?

Tidak ingatkah kita?

Yang kita ini adalah sebahagian dari mata rantai perjuangan yang sangat panjang dan penuh 
berliku yang dimulakan oleh Rasulullah SAW?



Atau kita buat-buat lupa?




Saya ingin tegaskan. 

Teruskan dengan kerja kita. 

Kita ada agenda yang perlu direalisasikan.

Kita adalah sama-sama ikhwah.


Berlapang dadalah!


Yang akan menilai ALLAH. 










'Melayu Sepakat Islam Berdaulat'

Siapalah saya, 
Baitul Syabab, Petaling Jaya.
11 November 2011







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...