Mar 13, 2010

Rindu bi'ah itu

                          






Rodhitu billahirabba, wabil Islamidina.. wabimuhammadinnabiyawwarosula..

Ketika sedang melihat kearah jalanraya yang kosong pagi ini fikiran saya tiba-tiba melayang. 
Teringat ayah, umi, adik-adik, Kawan-kawan di matrikulasi. Dalam hati saya berbisik.. " Bila nak balik rumah lagi nie". Hati ini sudah terpaut pada rindukan keluarga, orang-orang yang tersayang... Benarlah kata seorang ikhwah. "Manisnya ukhuwah dan kasih-sayang itu bila kita berpisah"... Kemanisan yang lebih manis dari manisnya sirap ais.. hee

Tiba-tiba pandangan ini terpaku pada sebuah taman rekreasi yang pernah menjadi tempat saya beriadah bersama beberapa orang sahabat ketika mula-mula menjejakkan kaki di bumi Subang Jaya ini.. Di sinilah berlakunya detik bersejarah yang mungkin memberi impak kepada saya sehingga sekarang. Cuma satu persoalan yang ringkas.. " Bila anta berada dalam program R2J3 dulu, anta rasa apa?".. saya lupa apa jawapan saya ketika itu.. tapi.. saya tidak dapat melupakan soalan yang seterusnya.. " Anta tak nak bawak ke biah kat R2J tu ke kolej anta?".. Lidah saya kelu ketika itu.. Di hati ini hanya satu perkara yang dibisikkan.. "MUSTAHIL!!".. Tapi soalan itu telah mendorong saya.. memberi semangat saat mungkin diri ini telah putus harapan.. 

Kenapa mesti biah R2J itu yang hendak dibawa? Istimewa sangatkah? 



                             

Saya hanya mampu menjawab, sungguh inilah pengalaman dalam hidup saya yang mungkin tidak akan terlupakan..Walaupun sudah hampir 2 tahun setengah berlalu.. Menyorot kembali kenangan lalu..

Baru beberapa hari berada di rumah selepas SPM. Rasa seperti (ghuraba') terasing di rumah sendiri.. Bayangkan, lebih dari 2 bulan tidak menjejakkan kaki di rumah sebelum peperiksaan akibat komitmen sekolah yang amat saya hargai sehingga sekarang.. Sehingga jiran yang baru berpindah ke rumah sebelah pun bertanya.. "Ni anak siapa ya?"

Ketika dalam proses menyesuaikan kembali diri ini dengan suasana di kampung halaman, satu sms yang diterima oleh ayah telah mencampakkan saya ke bumi UTM Skudai, Johor Bahru...
Rasa tidak puas hati membara saat itu.. Teringat kata-kata umi, " Baru balik rumah, dah nak pergi lagi"...

Saya tidak mampu berkata apa-apa, cuma mampu menurut sahaja.. Memujuk diri sendiri dengan mengatakan.. "Mungkin program tarbiyah ini mampu mengajarku sesuatu"...

Sesi takruf yang pertama sekali itu membuatkan saya rasa rendah diri.. Bayangkan hampir semua peserta adalah pelajar rangkaian sekolah-sekolah Islam. SMIH, HIRA',SMI AMan. Cuma saya dan seorang akhawat dari Batu Pahat itu sahaja yang tidak termasuk di dalam senarai itu. Rasa rendah diri betul saat itu.. Lebih-lebih lagi, tiada seorang pun peserta yang pernah dengar nama SASER..Beban itu semakin bertambah bila semua menggunakan kata panggilan 'ana', 'anta', anti', antum... Dua tahun di asrama, saya cuma mengenal 'aku', 'kau', 'saya'. Sudah lama saya tinggalkan istilah itu..Saya sekali lagi kena biasakan diri.. huh~





Dua minggu.. Tempoh yang saya kira tidaklah terlalu panjang untuk meninggalkan impak seumur hidup kepada saya. Tapi, sungguh saya tidak dapat melupakannya.. Belajar untuk menjadi seorang public speaker yang konfiden di hadapan, belajar untuk menjaga ikhtilat dalam kalangan ikhwah dan akhawat dan pada masa yang sama tidak terlalu jumud sehingga gerak kerja tidak mampu dilaksanakan.. Sungguh, dua tahun di sekolah lelaki menjadikan wanita itu seperti 'makhluk asing' yang tidak ada bahasa yang mampu digunakan untuk berinteraksi dengan mereka. Teringat saat ditugaskan menjadi 'salesman' yang perlu menjual hujah kepada 5-6 orang akhawat. Menggigil-gigil kaki ini.. Lidah menjadi kelu saat diserang dengan pertanyaan-pertanyaan yang sebenarnya mudah dijawab. Tapi bila memikirkan kembali, kita tidak hidup di dunia yang  hanya ada lelaki sahaja.. Kita perlu belajar untuk berada di dalam dunia realiti, bukan fantasi ciptaan minda kita sahaja. Di sini saya juga belajar betapa bekerja dalam organisasi itu memerlukan semangat jamaah yang tinggi, faham-memahami, toleransi dan kerjasama.. 

Teringat bila di arah oleh mas'ul ketika itu untuk memberi ucapan terakhir sebelum majlis penutup indoor."Walaupun setiap teguran yang diterima itu mungkin sukar diterima dan kadang-kala menyakitkan.. tapi terimalah dan befikir". Saya sendiri masih cuba untuk mengaplikasikan kata-kata saya itu. Tidak mahu menjadi seorang munafik yang bakal dipersoalkan oleh Allah swt kelak diatas setiap kata-kata saya.


                           



Program yang diteruskan di bumi Kuala Lumpur itu memberi hadiah yang sangat berharga kepada saya, ukhuwah!. Nilai yang tidak mampu dibayar oleh wang ringgit semata-mata. Berkenalan dengan seorang ikhwah, zaujahnya, anak-anak beliau yang comel begitu manis.Berkongsi aspirasi, azam dan cita-cita dalam jalan dakwah begitu berharga dan tidak terlupakan bila beliau berkata kepada zaujahnya sebelum bernikah. "Jangan halang saya untuk berjihad".. Bukan permintaan untuk kahwin lebih dari satu yang menjadi syaratnya.. SubahanAllah.. betapa indahnya tarbiyah. 

Saya juga berpeluang bertemu dengan pengerusi sebuah badan dakwah pelajar di UITM ketika itu. Beliau berkongsi cita-citanya untuk membawa biah Islami dan hasratnya untuk memerangi gejala couple yang menjadi barah kepada pelajar muslim saat itu..Hasrat yang juga telah mempengaruhi pendengarnya saat itu.. Kemanisan ukhuwah itu terbukti saat menelefon seorang ikhwah sebelum mereka berangkat ke bumi Jawa.. Menitis air mata ketika itu.. Tidak tergambar dengan kata-kata betapa sedihnya saat itu..

Alhamdulillah, ketika coretan ini ditulis, saya masih dapat berjumpa teman-teman seperjuangan. Munir, Irfan, Zahid, Irfan shahrin, Salman, Irfan Nor, Ahmad.. dan beberapa akhawat ketika di matrikulasi.. Nawal, husna..
Moga kalian dalam rahmat Allah.. 


                       
                      

5 comments:

manusia said...

all praises to ALLAH,anda mempunyai banyak ruang dan peluang juga dipilih oleh ALLAH atas jalan ini , sedangkan masih ada orang lain kurang diberi perhatian oleh ALLAH

Fahmi Bahrudin said...

subahanAllah... bukan Allah tidak memberi perhatian.. tapi Allah sudah memberi ilham dan setiap dari kita harus berusaha untuk berada di jalannya.. afwan.. Allah itu maha adil.. =)

Ahmad ibnu Khairuddin said...

subhanallah.
sharing yang menarik,
moga nta berjaya dgn misi dakwah nta di kolej sane..

salam rindu juga dari ana. :D

Fahmi Bahrudin said...

ahmad: salam rindu dari ana juga.. bila mahu sambung study?

Hazwan said...

Nanti campakkan lah biah itu di BS yer....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...