May 15, 2010

Apa signifikannya kamu dalam hidup saya?



corat-coret

Bismillah. Betapa bersyukur diri ini saat masih diberi peluang untuk terus menghirup udara Allah ini, masih dikurniai mata untuk terus melihat kebenaran, masih diberi peluang mendengar untuk membetulkan kesilapan dan masih diberikan nikmat akal dan hati untuk terus menilai setiap apa yang berlaku. InshaAllah jika tiada aral melintang, Khamis depan akan bermula paper pertama untuk final exam semester kedua ini, English B. Saya masih lagi berusaha melakukan pecutan terakhir setelah bermalas-malasan hampir satu semester. Sempena musim menyambut  hari ibu dan hari guru ini tiba-tiba tergerak hati saya untuk merakam satu cerita yang saya tidak mungkin lupakan sampai bila-bila.

13 Tahun yang lalu... 


Seorang pelajar taska sedang bermain permainan polis entry bersama teman-temannya. Begitu girang sekali dia bermain. Adakalanya budak itu menjerit jika pihak lawannya berjaya menangkap ahli pasukannya, dan ada kalanya dia ketawa bila ada teman-temannya yang jatuh terjelepok akibat terlalu asyik bermain.  Tiba-tiba sedang berlari-lari salah seorang kawannya terpijak kaki pelajar itu. Sakitnya bukan kepalang.. "adoii, sakit kaki kita" kata budak itu sambil air matanya mula berjurai-jurai mengalir ke pipinya. " Huzdhaifah, panggil ustazah cepat!! kaki dia dah berdarah" ,kata seorang pelajar taska lain yang berada si situ. Bila mendengar sahaja kata pelajar itu, dia melihat ke kakinya. Darah mengalir tidak berhenti-henti. Tanpa mampu menahan machonya lagi, budak itu terus menangis semahu-mahunya. Tiba-tiba ustazah datang dan merangkul pelajar itu lantas membawanya ke bilik guru. Sambil membalut kaki budak tadi, ustazah itu mula mengeluarkan peluru bebelannya, menambah rasa sakit yang dialami budak tadi. " tulah, ustazah dah cakap, jangan main lari-lari. kan dah sakit.. cubalah dengar cakap ustazah.. ish!", bebel ustazah tersebut.Budak tersebut berasa bengkek dengan ustazahnya.Sudahlah dia menanggung sakit, kena bebel lagi.Teman-temannya pula asyik mentertawakan kerana budak itu telah dimarahi ustazah di hadapan mereka. Sambil dia menahan sakit itu, teringat dia peristiwa seminggu yang lalu bila sebuah sinki marmar jatuh lalu menghempap kakinya. Peristiwa itu meninggalkan parut yang tidak mungkin akan hilang sampai bila-bila. Teringat bila dia melihat seluruh bilik air itu dipenuhi darah dan masih tidak dapat dilupakan lagi perasaan saat kaki dijahit dengan 6 jahitan yang dilakukan ketika dia masih sedar.

Pukul 11.30 pagi.. Tamat sudah sesi pembelajaran hari ini. Budak itu pulang ke rumahnya dengan perasaan yang kurang senang. Rasa sakit di kakinya itu masih terasa lagi. Tiba-tiba dia terlihat ibunya pulang dengan membawa sebuah beg yang berisi seluar. " Abang, kenapa tak bawak balik beg ni? Kan umi dah suruh bawa balik" ,kata ibu budak tersebut. Budak tersebut hanya mendiamkan diri, seolah-olah tidak mendengar kata ibunya. Seolah-olah sedang melakukan sebuah protes atau mogok. Dia hanya memandang ke bawah tanpa memberi sebarang reaksi. Seperti rajuknya kanak-kanak yang tidak dibelikan mainan oleh ibunya.Tiba-tiba dia bersuara... " Ustazah.... ehh, umi.. abang nak makan la.. Pagi tadi abang tak makan lagi", kata budak itu dalam nada simpati. Rupa-rupanya ustazah tadi merupakan ibunya. Hilang perasaan merajuk budak tersebut disebabkan rasa laparnya.. Dan tanpa disedari, budak itu melafazkan sesuatu perkataan yang jarang dilafazkannya.. "ummi, terima kasih ye", lafaznya sambil tersengih-sengih.. Selesai makan dan mandi dia melihat ibunya sedang bersandar di kerusi, seperti keletihan. Dengan langkah yang perlahan budak itu datang kepada ibunya sambil berkata. "Ummi, nak baring sebelah ummi ye..". "hmm, baringlah. abang dah mandi ke?" ,kata ibunya. "dah.." balasnya bersemangat.Kemudian dia lena di sebelah ibunya. Bermimpikan yang indah-indah.................

Cerita apa ni?


Anda faham cerita tersebut? Kalau anda faham, budak itu ialah saya, ketika berusia 6 tahun, ketika masih menjadi kanak-kanak yang masih belum mengerti signifikan atau makna sambutan hari guru itu . Apa kaitan cerita ini dengan hari ibu? hari guru? Sebenarnya saya ingin menyampaikan sebuah mesej bahawa terdapat seorang insan di dunia ini yang menjadi guru kita yang paling awal, paling lama. Malah, kadangkala dia sudah menjadi guru kita sebelum kita lahir ke dunia ini, sebelum kita tahu apa itu makna guru, cikgu. Bila kita menyambut hari guru setiap tahun, kita sering terlupa juga untuk mengucapkan hari guru kepada ibu kita yang mungkin hanya seorang suri rumah atau pun seorang wanita berkerjaya yang mungkin tidak mempunyai title guru itu dipermulaan nama mereka. Mereka lah yang mendorong kita untuk terus mencuba berjalan walaupun sudah berpuluh-puluh kali jatuh ketika kecil dulu. Mereka jugalah yang menyuapkan nasi ke mulut kita saat tangan kita masih belum berdaya untuk melakukannya sendiri. Sungguh, jika kita hadiahkan seluruh dunia dan isinya untuk membalas jasa mereka, tidak akan pernah cukup untuk membayarnya. Apa firman Allah dalam kalamnya mengenai insan biasa yang luarbiasa ini?

.  Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya Telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun[1180]. bersyukurlah kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakmu, Hanya kepada-Kulah kembalimu
(al-luqman:14)




                            --> Kanak-kanak itu rasa dirinya dah dewasa.




Ingin kuakhirinya


Doakan kejayaan saya dan rakan-rakan dalam peperiksaan kali ini. Sesungguhnya bermacam-macam perasaan yang timbul saat peperiksaan itu sudah hampir. Yang pasti saya akan terus berusaha sambil mengharapkan kejayaan.. inshaAllah




p/s: bitaufikwannajah fil imtihan, fiddunnia wal akhirah.. =)

2 comments:

Anonymous said...

=.=
sapakah knk2 tu??
gmbr sapakah itu??
teruja untuk mengetahuinya ;>

nurfarah wahidah said...

saya seronok membaca entry anda fahmi..=)

nway, good luck for ur upcoming exam..!!=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...